Tuesday, September 30, 2008

KERIS BUGIS ANTIK LOK 9 (RM 1850)






Panjang keseluruhan 16.5 Inci. Bilah 12.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Pamor Batang Sarek Yang Jelas, Besi Miang Dipangkal & Susunan Besi Yang Cantik. Mata Tiada Kecacatan.

KERIS PANDAI SARAH ANTIK LOK 9 (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 21 Inci. Bilah 14.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Mata Lok 9 Besi Berurat Dan Tiada Kecacatan. Amat Sesuai Dipakaikan Dengan Pakaian 'Tajung'.

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Saya Cikgu Mie Keris Terengganu ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan rakan2 sekalian. Menyusun 10 Jari Kemaafan jika sekiranya disepanjang perkenalan kita ada yang tersilap kata terguris bicara.

Bunga Mawar Bunga Kasturi,
Harum Baunya Tidak Terperi,
Kata-Kata Dihantar Penganti Diri,
Mohon Maaf Di Aidil Fitri.

Jemput sahabat yang berkelapangan berkunjung ke rumah di Kemaman pada hari raya ke 4. Sekian.

Friday, September 26, 2008

TAJUNG ANTIK (OFFER AIDIL FITRI : RM 1490)





Panjang keseluruhan 29.5 Inci. Bilah 16.5 Inci. Hulu Pekaka Balut Perak & Sarung Tajung. Mata Lurus Dan Masih Sempurna. Besi Tua Licin & Hitam. (Belum Dicuci / Dalam Karat)

PANDAI SARAH ANTIK (SOLD OUT)



Panjang keseluruhan 19 Inci. Bilah 16 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Mata Lurus Dan Tiada Kecacatan. Amat Sesuai Dipakaikan Dengan Pakaian 'Tajung'.

ANAK ALANG ANTIK PAKAIAN TAJUNG (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 14 Inci. Bilah 9.5 Inci. Hulu Pekaka & Sarung Tajung. Bilah Anak Alang Tua. Besi Putih Miang Dipangkal.

Wednesday, September 24, 2008

DISKUSI MINDA 2 : CARA & BAHAN MENCUCI KERIS

Ada pelbagai cara atau kaedah untuk mencuci keris menurut pengalaman saya secara peribadi. Segala bahan basuhan keris dibawah pernah digunakan oleh saya dan mengujinya secara berulang kali. Antara bahan tersebut ialah dengan menggunakan :
1. Air kelapa
2. Air beras
3. Ait tebu
4. Cuka makan
5. Perahan limau
6. Campuran bahan di atas dengan nenas

Dari pengalaman saya, saya lebih gemar menggunakan cuka makan dan perahan limau nipis.

Pertama Untuk karat tebal : Cuka makan paling mudah menggunakannya. Cari satu takungan/ bekas yang saiznya cukup untuk merendam senjata yang hendak dicuci. Terus curahkan cuka makan tersebut sehingga tengelam senjata yang hendak dicuci. Biarkan ia semalaman atau 2 malam. Angkat senjata yang direndam tersebut serta gosok karatnya dengan menggunakan berus gigi sambil alirkan air dari masa ke semasa. Kalau karat tu nampak degil tambah lagi cuka insya Allah cuka makan tidak akan merosakkan besi.

Kedua untuk karat yang nipis : Cukup dengan membelah limau nipis buangkan 3/4 kulitnya. Kemudian gosok limau tersebut biarkan selama beberapa minit dan gosok lagi untuk turunkan karatnya.

Ketiga : Guna air perahan limau lipis dengan kadar yang banyak dan rendam pada senjata yg ingin dicuci. Ada juga cara cucian iaitu membalutkan senjata yang hendak dicuci dengan tisu dan perah perahan limau di atas tisu tersebut serta gulungkannya dengan plastik. Insya Allah karat akan tanggal berkeping-kepingan.

Setelah berpuas hati dengan cucian tersebut sila basuh senjata yang telah dicuci dengan menggunakan sabun untuk menanggalkan bahan cucian tersebut serta bilas dengan air dengan sebersih-bersihnya.

Kemudiannya jemur senjata tersebut di tengah panas atau keringkan dengan menggunakan 'hair dryer'. Setelah agak kering lihat kembali adakan masih ada kesan kekuningan karat. Jika masih ada, cuci dengan perahan limau semula. Jika anda telah berpuas dengan cucian tersebut sila keringkan dan lumurkan minyak serta 'bauan' yang dikehendaki. Kemudian keringkan semula atau terus dimasukkan ke sarung. Antara minyak yang baik digunakan ialah Minyak Senjata atau Minyak Mesin (Singer).

Saya kurang menggunakan air kelapa atau air tebu kerana :
1. Agak slow untuk menanggalkan karat yang degil
2. Air kelapa atau air tebu semakin lama semakin kuat power asidnya berbanding cuka makan yang asidnya makin lama akan menjadi semakin 'tawar'.

Ada beberapa petua dan bacaan orang dulu2 dalam mencuci keris bab ni akan didedahkan kemudian Insya Allah.

Jika ada dikalangan rakan ingin berkongsi pengalaman dalam 'cucian' senjata ini sila nyatakan dalam ruang komentar.

Info Tambahan :
1. Apakah Menggunakan 'Hair Dryer' Sebagai Alternatif Kepada penggunaan Kemenyan Sebagaimana Tradisi Orang Dulu2 ? Penggunaan kemeyan untuk mewangikan keris dan sebagai 'penebat' pengaratan kepada bilah keris sebagaimana cara tradisi. Namun cara yang saya kemukakan adalah merupakan 'cara pencucian ekspress' dengan menggunakan Hair Dryer sebagai alat untuk mengeringkan bilah keris yang dicuci bukan sebagai alternatif kepada fungsi kemeyan.

Monday, September 8, 2008

SUNDANG ANTIK TERENGGANU GANJA IRAS & 'SIAR TERBANG' (OFFER RM 2500)











Panjang keseluruhan 27 Inci. Bilah 21 Inci. Hulu kemuning. Sarung Sena. Besi Licin 'Siar Terbang' (Dua Besi Dicantum Menjadi Satu), Ganjar Iras, & Mempunyai Besi Miang Dipangkal. Mata Yang Sempurna.

BADIK PUPUK ANTIK TERENGGANU (SOLD OUT)





Panjang keseluruhan 11 Inci. Bilah 7 Inci. Hulu Bohor. Sarung kemuning. Besi Hitam Berlapis & Mempunyai Gaat. Mata Yang Sempurna.

Monday, September 1, 2008

DISKUSI MINDA 1 : KENAPAKAH KERIS ANTIK BEGITU TINGGI NILAI & HARGANYA BERBANDING KERIS BARU ?

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt melalui blog ini telah mampu mengumpulkan sebilangan peminat dan pencinta kesenian purba seni warisan bangsa Melayu dalam menyuburkan minat mereka terhadap khazanah warisan agar tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan...

Ruangan Diskusi Minda kali ini adalah terbuka kepada semua rakan dunia pengkerisan untuk mengutarakan pandangan terbuka terhadap persoalan kenapakah keris antik/ lama / purba nilaiannya lebih tinggi berbanding dengan keris buatan baru ?

Melalui ilmu yang amat cetek ini penulis ingin mengutarakan beberapa pandangan :

Pertama :
Seantero dunia telah mengakui betapa barangan antik begitu tinggi nilainya. Sebutlah apa sahaja barangannya ; kereta antik, bangunan antik, perabot antik, tembikar antik, keris antik pasti nilaiannya lebih tinggi berbanding barangan baru.

Barangan antik begitu 'limited' jumlahnya tiada dua, tiada tiga dan mungkin 'tunggal' penghasilannya. Malah bilangan pembuatan sesebilah keris biarpun sama bentuk dan jenisnya namun amat berbeza keunikannya. Keris antik dibuat oleh pandai besi purbakala dengan menggunakan tangan tidak seperti keris baru yang menggunakan mesin serta boleh dihasilkan secara berulang kali. Bila disebut buatan 'tangan' pasti hasilnya tidak serupa dan tidak banyak jumlahnya.

Kedua :
Kesenian antik adalah terhasil dari kreativiti dan kesenian tangan si pandai besi purbakala. Biarpun buatannya tanpa menggunakan peralatan / mesin secanggih zaman kini namun hasilnya keseniannya kadang-kadang belum mampu ditandingi oleh hasil tukangan pada hari ini.

Oleh kerana kesanjungan nilainya yang tinggi apabila diterjemahkan di dalam bentuk nilaian wang ringgit maka nilaiannya pasti lebih tinggi berbanding keris baru.

Ketiga :
Harus diingat jua... Pandai keris silam membuat sesebilah keris dengan matlamat yang tertentu sebagaimana kod buatannya yang diterjemahkan melalui bacaan pamornya untuk menjadi panduan kepada generasi baru. Pembuatannya disertai dengan doa serta mentera yang terpilih sebagai pelengkap kepada isi dan matlamat pembuatan sesebilah keris.

Bahan buatannya terdiri dari besi yang terpilih serta dipilih dari pelbagai tempat umpamanya besinya diambil dari 7 buah bukit yang terletak di 7 buah negeri. Apa yang pasti ketahanannya adalah luar biasa berbanding dengan besi baru.

Ia jua ditempa pada masa, pada hari yang tertentu serta dilengkapi dengan petua tertentu sesuai dengan amanat perguruan si pandai besi tersebut... engkadang itu sebilah keris memakan masa bertahun untuk disiapkan.

Setelah disiapkan ianya akan diuji adakah menepati maksud dan tujuan pembuatannya... Malah jika gagal mencapai matlamat pembuatannya kadang kala ia akan terus dimusnahkan, dipatahkan atau ditempa semula.

Segala-galanya adalah jauh dari nilai komersial sebagaimana pembuatan keris baru pada hari ini. Nilai keris antik begitu tinggi kerana ia adalah khazanah lama yang tiada dua tiada tiga bilangannya.

Keempat :
Persoalan kenapakah empunya keris antik meletakkan 'mahar' yang begitu tinggi terhadap kerisnya maka jawapannya hak meletakkan mahar sesebilah keris antik sememangnya menjadi hak mutlak kepada pemiliknya.

Sila rujuk kepada koleksi Gred A. cikgumie.multiply.com. Contohnya anak sundang malela telah diminta untuk dimaharkan setinggi RM 15,000 namun telah ditolak oleh empunyanya. Adakah penolakan ini mengambarkan ketidak mahiran atau ketidak cerdikan pemiliknya ? Jika jawapannya ya. Kenapa masih ada yang ingin menawarkan dengan harga yang tinggi sebegitu rupa.

Oleh itu dalam menghayati keunikan senjata kesenian purba nilaian wang ringgit bukanlah ukurannya namun kepuasan pemiliknya memilikinya itulah yang menjadi sandaranya. Sekian.