Wednesday, October 29, 2008

BADIK BAYAM ANTIK BESI BERURAT PECAH DITENGAH (RM 1100) OFFER NOVEMBER






Panjang Keseluruhan Inci. Panjang Bilah Inci. Hulu Tanduk Burung Kakaktua. Sarung Buwei. Besi Pecah Tengah & Berurat. Mempunyai Bunga / Kerewang Dipangkal.

ANAK ALANG ANTIK BESI HITAM LICIN MANIS (SOLD OUT)





Panjang Keseluruhan 19.5 Inci. Panjang Bilah 14.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Besi Hitam Halus Licin Dan Amat Manis Dipandang Mata.

PELBAGAI LEMBING ANTIK TERBARU






1.Serampang Mata 3 : Panjang Keseluruhan 10 Inci & Panjang Bilah 6 Inci. Ada Ketandaan Pecah Pada Setiap Mata Serampang Ini. Belum Dicuci Sempurna. (RM 280)

2. Lembing Kait Besi Miang Berlian Penuh : Panjang Keseluruhan 15 Inci & Panjang Bilah 10 Inci. Besi Miang Berliang Penuh Dan Ada Besi Miang Selit Ditengah Matanya. Besi Miang Berurat. (RM 280)

3. Lembing Besi Hitam Licin & Bermiang Emas Ditengah : Panjang Keseluruhan 16 Inci & Panjang Bilah 11.5 Inci. Unik Dengan Miang Emas Ditengah & Besi Hitam Halus DiMatanya. Utuh Dan Masih Sempurna Fizikalnya. (SOLD OUT)

4. Lembing Pamor Perak Penuh & Pelbagai Pamor : Panjang Keseluruhan 17.5 Inci & Panjang Bilah 12.5 Inci. Pamor Bulu Ayam, Paku Pakis Dan Pelbagai Lagi. Mempunyai Telinga Dipangkal & Bertulang Bulat. Pamor Kurang Jelas Dalam Picture (SOLD OUT)

Sedia Menjual : 'Hulu/batang' lembing siaz standard (lingkungan 5 kaki panjang) dari kayu terpilih spt kayu 'Kulim, Cengal, Berlian, Pinis' dan mempunyai 'temin / pendokok lembing' (RM 120 sebatang).

Thursday, October 23, 2008

BARANGAN ANTIK TERBARU YANG BAKAL DIPAMERKAN SELEPAS DEEPAVALI

1. Anak Alang Antik Besi Licin Hitam Halus
2. Malela Lok 5 Antik Besi Licin Hitam Halus (Gred A)
3. Sundang Lok 5 Antik Besi Licin Hitam Halus (Gred A)
4. Keris Panjang Antik Besi Miang Penuh Bertulang Ditengah
5. Badik Bayam Besar Mempunyai Aring/ Bunga Dipangkal
6. Pedang Antik Terengganu Besi Hitam
7. Pedang Antik Terengganu Bersobek / Berukir Pakaiannya
8. Pelbagai Jenis Lembing Antik Terengganu Unik & Berkualiti Tinggi
9. Bannet British Antik
10. Badik Pupuk Lidah Ayam Besi Bermiang Selit
11. Set Tepak Sirih Antik Lengkap Tembaga : Tepak, Bekas Sirih / Gambir, Pengacip Pinang & Gobek Sirih

Tuesday, October 21, 2008

SALAM AIDIL FITRI & UKHUWWAH BUAT SEMUA

Salam Aidil Fitri & Ukhuwwah buat semua... suasana Aidil Fitri masih menyelubungi seluruh umat Islam di negera kita... Begitulah jua tidak terkecualinya dari saya buat seluruh sahabat pencinta kesenian purba di nuasantara..

Memenuhi tuntutan ukhuwwah ini saya amatlah berbesar hati ingin berkenalan dengan para sahabat semua walau dimana jua anda berada. Insya Allah saya akan berada di KL pada 25-27 Oktober 2008 (Sabtu-Isnin) ini... Kepada para sahabat yang ingin berkenalan & bertemu dengan saya InsyAllah amat2lah dialu2kan... Hubungi atau msg saya di talian : 012 9533 788

Saturday, October 18, 2008

LEMBING / TOMBAK ANTIK YANG INGIN DI'MAHAR'KAN









1. Lembing Antik Malela Berkorok Lok Satu Di Hujung : Panjang keseluruhan 15.5 inci & Panjang Bilah 10.5 inci (SOLD OUT)
2. Lembing Antik Besi Miang Tegap & Bertulang Ditengah : Panjang keseluruhan 18.5 inci & Panjang Bilah 15.5 inci (RM 300)
3. Lembing Antik Besi Miang Emas Telaga Dipangkal, Puting Putar & Bertulang Ditengah : Panjang keseluruhan 15.5 inci & Panjang Bilah 10.5 inci (SOLD OUT)
4. Serampang 3 & Lembing Kait : Panjang keseluruhan 10-14 inci & Panjang Bilah 6-9 inci. Serampang & Lembing Kait kebiasaannya digunakan untuk mencari rezeki / berburu pada zaman purbakala. Justeru itu ia dikaitkan fungsinya pada zaman kini sebagai pelaris perniagaan (RM 250 Sebilah)
5. Lembing Antik Bertulang Tengah, Ketandaan Anak Sungai, Ada Gaat / Sekatan, Ada 'Y' Melintang (NEW) : Panjang keseluruhan 16 inci & Panjang Bilah 12.5 inci (RM 350) (SOLD OUT)

Perhatian : Saya turut menerima tempahan 'hulu/batang' lembing siaz standard (lingkungan 5 kaki panjang) dari kayu terpilih spt kayu 'Kulim (Kayu Merah + Berurat) , Cengal, Berlian, Pinis' dan mempunyai 'temin / pendokok lembing' (RM 120 sebatang).

Rujukan Tambahan

Saturday, October 11, 2008

BADIK PUPUK ANTIK TERENGGANU (RM 900) OFFER SYAWAL










Panjang keseluruhan 12 Inci. Bilah 8 Inci. Hulu Bohor. Sarung kemuning. Besi Hitam Berlapis Seperti Pisau Rembau, Mempunyai Beberapa Gaat & Pecah Dipangkal. Mata Yang Sempurna.

Friday, October 10, 2008

PENGENALAN LEMBING / TOMBAK & BEBERAPA KOLEKSI SAYA

















Lembing / tombak dianggap senjata yang paling tua dari senjata-senjata lain. Kewujudannya telah dikesan sejak zaman batu lagi. Ia merupakan senjata lontar atau khas untuk memburu ketika itu.

Kemudiannya ia telah dikesan digunakan di zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai senjata tentera di barisan hadapan terutama untuk menjatuhkan tentera berkuda pihak lawan.

Foto di atas adalah sebahagian dari koleksi lembing / tombak saya. Pelbagai bentuk, pelbagai saiz dan pelbagai rupa. Apabila kita membicarakan persoalan Senjata Melayu, lembing / tombak tidak boleh dipisahkan. Lembing / Tombak dalam sejarah tidak hanya sekadar 'pakaian' pengawal Istana namun turut dikaitkan dengan Kebesaran Diraja. Malah ada juga lembing / tombak yang digunakan untuk mencari rezeki, sebagai azimat dan senjata peperangan.

Saya adalah peminat 'tegar' lembing / tombak pada kebiasaannya apabila ada rakan yang ingin me'mahar'kannya saya pasti lah antara orang yang tak jemu2 'menyambutnya'... di samping harganya yang pasti tidak setinggi keris namun keunikan dan kepelbagaian bentuknya amatlah memikat hati... begitulah al kisahnya...

Pun begitu adat memiliki pasti jua perlu melepaskan ia pada ketika2 tertentu... Saya masih ada hampir 30 bilah lembing / tombak yang ingin di'mahar'kan kepada rakan2 yang ingin melamarnya silalah msg / email saya ya...

DISKUSI MINDA 4 : PENGENALAN KERIS

Keris adalah senjata tajam yang pada asalnya digunakan oleh orang Melayu sebagai senjata untuk menikam atau menusuk. Ia biasanya digunakan dalam ruang yang terbatas, yang penggunaan pedang serta lembing kurang sesuai digunakan.

Mata keris ada yang lurus dan ada yang berluk. Orang Melayu percaya mata keris yang berluk sangatlah bisa dan jika terkena tikamannya boleh membawa maut serta merta.

Ganjar yang terdapat pada pangkal mata keris membezakan keris dengan senjata lain. Mata keris yang mempunyai 2 belah mata tajam melebar dari hujung turun ke arah pangkal menuju ke atas ganjar.

Ganjar memudahkan keris dipegang. Semasa dipegang ibu jari ditempatkan ke atas bahagian picitan di pangkal mata, sambil jari telunjuk ditempatkan di bawah ganjar untuk menahan berat mata. Dalam pada itu ganjar yang berlanjutan pada bahagian belakang mata dapat melindungi tulang-tulang ketuk jari.

Keris ditempa dengan menggunakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 jenis logam, iaitu besi, baja dan bahan pamor. Sebilah senjata yang diperbuat bukan dengan cara ditempa, tidak boleh dikatakan keris. Contohnya keris daripada guntingan zink, tong dram, tembaga kuning dan sebagainya.

Keris juga sering dihubungkan dengan kepercayaan adanya kuasa ghaib, kesaktian ataupun keistimewaan yang ada padanya. Umpamanya kepercayaan yang menyatakan sesebilah keris yang memiliki hikmat yang tinggi boleh membunuh musuhnya dengan hanya menikam bekas tapak kaki orang yang dimaksudkan itu.

Perkara yang istimewa tentang mata keris ialah hiasan ataupun motif yang menghiasi permukaan mata keris yang disebut sebagai ‘pamor’. Dipercayai pamor ini mampu membawa tuah yang tertentu seperti misalnya mampu membawa kebahagian dan ketenteraman kehidupan kepada pemakai atau pemiliknya.

Malah pamor juga dianggap sebagai ‘kod’ pengenalan generasi yang terdahulu dalam menempa sesebilah keris sebagai panduan kepada generasi terkemudian tentang maksud atau tujuan sesebilah keris itu dihasilkan. Contohnya pamor keris bugis yang dikenali sebagai ‘Pucuk Rebung’ dipercayai mampu mengangkat darjat pemilik atau pemakainya.

ANAK ALANG ANTIK TEGAP BESI HITAM (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 18 Inci. Bilah 11.5 Inci. Hulu & Sampir Cantik Kemuning Emas. Batang Serunai Sena. Besi Hitam Tua Mirip Besi Malela. Badan Tegap Bulat Dipangkal. Mata Lurus & Sempurna Serta Tiada Kecacatan.

SUNDANG ANTIK TERENGGANU BESI 'SIAR TERBANG' (SOLD OUT)











Panjang keseluruhan 27 Inci. Bilah 21 Inci. Hulu kemuning. Sarung Sena. Besi Licin 'Siar Terbang' (Dua Besi Dicantum Menjadi Satu), Ganjar Iras, & Mempunyai Besi Miang Dipangkal. Mata Yang Sempurna.

KERIS CERITA ANTIK BERPAMOR (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 12 Inci. Bilah 8 Inci. Hulu & Sampir Kemuning Tua. Batang Serunai Sena. Hulu & Sarung Telah Dibalut Perak. Berkorok / Berlurah & Berpamor Jelas. Mempunyai Ketandaan 'Telaga Mambeling' (Rezeki) Di Picitannya. Mata, Akot & Aring Yang Sempurna. Amat Sesuai Untuk Dibuat Keris Selit Istiadat Istana. Keunikan keris ini terletak kepada susunan besi dipangkalnya iaitu sebelah besi mendatar dan sebelah lagi melintang. Pakaian Seorang Ulama Silam Terengganu.

BUGIS GANJA IRAS ANTIK LOK 7 KUKU BIMA







Panjang keseluruhan 19.5 Inci. Bilah 14.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Pelbagai Pamor Yang Jelas, Susunan Besi Yang Cantik, Bilah Yang Tegap, Tebal, Sempurna Serta Tiada Kecacatan. Keunikan Ganjar Iras & Kuku Bima.