Sunday, June 14, 2009

KERIS TOK CU 'ANTIK' UNIK 3 TUKANG EMPU (SOLD OUT)

Panjang keseluruhan 17 inci dan panjang bilah 13 inci. Mata bilahnya agak lebar serta beralur / berkorok dari pangkal hingga ke hujung. Besi hitam tua. Keunikan tok cu ini ia seolah-olah dibuat oleh 3 tukang empu iaitu bunga kerawang anak alang, belalai gajah model bugis dan bentuk bilahnya pandai sarah namun telah disahkan oleh yang arif bahawa ia adalah keris tok cu. Spesis ini jarang2 ditemui kerana keunikan buatannya. (Foto Rujuk 15/12/2008)

PROMOSI AIDIL FITRI (DISKAUN 20%) : KERIS ANTIK LOK 5 PAMOR MERAMBUT / AIR MENGALIR (RM 900)




Keris antik lok 5 pamor merambut / air mengalir ini. Panjang keseluruhan 18.5 inci dan panjang bilah 15.5 inci. Bilahnya agak lebar.