Monday, July 6, 2009

PERTANDINGAN KERIS TERBUKA TERENGGANU 2009

Saya mewakili Persatuan Seni Purba Terengganu menjemput rakan2 peminat senjata Melayu di seluruh nusantara buat julung-julung kalinya untuk sama2 hadir bagi memeriahkan pertandingan keris terbuka ini pada :

Tarikh : 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Muzium Negeri Terengganu

Aturcara Program
9.00 Pagi - 10.00 Pagi :
Perasmian Program & Mesyuarat Agung Persatuan Seni Purba Terengganu
(Jemput Seluruh Rakan2 Hadiri Samada Sebagai Ahli / Pemerhati)

10.00 Pagi - 12.00 Tengahari :
Pendaftaran Pertandingan

12.00 Tengahari - 1.30 Pagi :
Penilaian & Pemarkahan Hakim Pertandingan

2.30 Petang - 3.30 Petang :
Persembahan Seni Silat

3.30 Petang - 4.00 Petang :
Penyampaian Hadiah & Bersurai.

Hakim Pertandingan : Persatuan Seni Purba Terengganu & Muzium Negeri Terengganu

Katogeri Keris Antik Yang Dipertandingkan :
1. Keris Malela
2. Keris Bugis Lok
3. Keris Bugis Sepokal
4. Alang Berpamor
5. Alang Tanpa Pamor
6. Pandai Sarah Berpamor
7. Pandai Sarah Tanpa Pamor
8. Senjata Antik Terbuka

Di samping pertandingan gerai jualan keris antik Terengganu akan turut dibuka InsyAllah. Jemput seluruh peminat senjata warisan Melayu untuk bersama2 memeriahkannya... Sebarang persoalan / pertanyaan atau bantuan sila hubungi saya Cikgu Mie Terengganu : 012 9533 788.