Sunday, October 4, 2009

OFFER OKTOBER : KERIS PANJANG ANTIK RETAK SERIBU (RM 3000)





Panjang keseluruhan 24.5 inci dan panjang bilah 20.5 inci. Berhulu bahar tua dan pendokoknya perak hitam berukir. Sampir keuning tua berpelok dan batang serunai sena berbelang. Bilah yang masih utuh mempunyai ketandaan 'gaat' dipangkal dan retak seribu di sebelah bilahnya secara penuh dari pangkal sehingga ke hujung bilah.

PELBAGAI LEMBING ANTIK MELAYU





1. Lembing Melayu Antik Bertulang & Bermiang Emas Penuh + Ada Gaat (RM 250)
Panjang keseluruhan 15.5 inci. Bertulang seumpama keris pandai sarah, mempunyai besi miang
perak & emas penuh dari pangkal hingga hujung dan terdapat ketandaan sekatan / gaat pada
bilahnya.

2. Lembing Berurat + Pecah + Bermiang Penuh + Mar 6 Segi (RM 250)
Panjang keseluruhan 13 inci. Berurat keseluruhan bilah, ada pecah di sisi. Berbesi miang
penuh dan mar 6 segi.

3. Lembing Malela Bertelinga Kembar (RM 250)
Panjang keseluruhan 15.5 inci. Lembing malela bertelinga kembar / 4 lubang di pangkal,
mempunyai korok/ alur namun belum dicuci.

4. Lembing Berurat Unik Pangkal - Hujung (RM 250)
Panjang keseluruhan 14.5 inci. Lembing berurat unik dengan pamor berurat dari pangkal
hingga hujungnya.

KERIS PANJANG BARU LOK 21 & BERPAMOR PERAK (OFFER RM 600)





Panjang keseluruhan 30 inci dan panjang bilah 25.5 inci. Lok 21 dan berpamor perak. Hulu tulang berukir.

KERIS PANDAI SARAH TEGAP + PAKAIAN TAJUNG (SOLD OUT)





Panjang keseluruhan 25 inci. Lebar pangkal 2 inci. Bilah yang amat tegap dan masih sempurna. Belum dicuci.

OFFER OKTOBER : SUNDANG ANTIK TUA BERALUR + BERKUMA, BESI KAYU BURUK (SOLD OUT)




Panjang keseluruhan 26 inci dan panjang bilah 19.5 inci. Hulu dibalut dengan tembaga tua. Besi hitam berurat kayu buruk. Beralur dan ber'kuma' (urat halus) sehingga ke hujung bilah. Keunikan sundang ini pangkalnya seumpama keris iaitu pada kerawang dan belalai gajahnya. Bilah yang amat sempurna.

KERIS KELAS PERTANDINGAN : KERIS BUGIS ANTIK SELIT + PAKAIAN ASAL MILIK PENGIRING RAJA TERENGGANU (OFFER RM 1800)





Panjang keseluruhan 16.5 inci dan anjang bilah 12.5 inci. Hulu dan sarung lama. Pamor yang jelas, besi baja yang cantik dan susunan besi yang baik. Saiznya amat sesuai sebagai keris selit yang terpilih. Ia pernah dimiliki oleh pengiring Sultan Terengganu.

KERIS MALELA BARU (OFFER RM 700)




Panjang keseluruhan 17.5 nci dan panjang bilah RM 14.5 inci. Lebar pangkal 2 inci. Bilah yang amat tegap.

PELBAGAI TOMBAK ANTIK MELAYU





Pelbagai Tombak Antik :

1. Tombak Pengayuh Perahu Antik Terengganu (RM 300)
Masih utuh. Panjang keseluruhan 14 inci dan lebar pangkal 2 inci. Mempunyai besi miang,
gunungan dan besi baja yang amat baik.

2. Tombak Pengayuh Sampan Petani Antik + Berpamor Besi Mengerutu (RM 300)
Bilah yang masih utuh dan amat tebal. Panjang keseluruhan 12.5 inci dan lebar bilah pangkal 2.5
inci. Mempunyai pamor yang mengerutu. Belum dicuci.

3. Tombak Tegap Antik Hitam Halus (Rm 700)
Tombak besi hitam halus yang amat tegap. Panjang keseluruhan 22 inci. Besi hitam seumpama
besi Malela kualiti tinggi.

OFFER OKTOBER : PANDAI SARAH ANTIK LOK 9 PAHLAWAN TERENGGANU (RM 1800)




Panjang keseluruhan 18 inci dan panjang bilahnya 14 inci. Hulu dan sampir kemuning serta batang serunai sena. Pandai sarah ini mempunyai lok yang amat cantik. Besi licin tua yang masih utuh. Ia pernah dimiliki oleh seorang pahlawan Terengganu.

HULU TAJUNG (OFFER RM 500)



OFFER OKTOBER : KERIS PANJANG ANTIK ANAK SUNGAI + HULU BAHAR TUA + PAKAIAN ASAL (RM 2900)


Panjang keseluruhan 26 inci dan panjang bilah 20.5 inci. Hulu bahar tua. Sampir kemuning berpelok tua dan batang serunai sena berbelang tua. Pendokok kelopak bunga dari perak tua. Bilahnya besi hitam licin dan mempunyai ketandaan anak sungai di kedua-dua belah bilahnya.

OFFER OKTOBER : BUGIS ANTIK LOK 7 (RM 2900)




Panjang keseluruhan 18.5 inci dan panjang bilah 14.5 inci. Hulu dan sampir kemuning serta batang serunai sena. Pendokok perak berukir tembus. Bilahnya amat tegap dan tebal. Mempunyai ketandaan tapak gajah disebelah dan gunung di sebelah yang lain. Mempunyai besi baja yang amat sempurna dan utuh.