Monday, November 30, 2009

RENCONG ANTIK BESI HITAM BERMIANG BULU RUSA (RM 800)



Rencong antik ini mempunyai bilah unik besi hitam bulu rusa (berurat umpama bulu rusa) pada keseluruhan bilahnya. Marnya bersegi 'Lapan'. Hulu dan sampir kemuning tua. Batang serunai antik / tua.

Friday, November 13, 2009

TASBIH KEMUNING HITAM ANTIK HALUS BUATANNYA (OFFER RM 400)




Tasbih kemuning hitam 33 biji ini adalah antara tasbih yang amat halus buatannya. Saiznya juga adalah amat ideal dan sesuai untuk tujuan peribadatan (zikir). Disamping khasiatnya yang amat baik.

TERAS RAJA PENUNDUK (OFFER RM 200)




Teras ini alhamdulillah telah terbukti berkesan dengan izin Allah untuk 'menyejukkan' manusia yang garang / bengkeng / gedeber, merapatkan hubungran suami isteri yang bermasalah, mengembalikan bayaran pemiutang (orang yang berhutang) dan sebagainya. Setelah di'scan' oleh beberapa rakan ahli tarekat ia dikenali sebagai 'Raja Penunduk'. Namun sebagai insan kita harus berpegang segala-galanya dengan izin Allah swt.

Thursday, November 12, 2009

PEDANG ANTIK BESI HITAM HALUS, BERHULU GADING & BERCOP 'SAUH' ANCHOR (OFFER RM 1500)




Pedang antik ini mempunyai besi hitam yang amat halus. Pada bilahnya terdapat beberapa urat kesenian hasil kerja tangan generasi terdahulu dan bercop sauh / 'anchor' pelayaran di pangkalnya. Cop ini mengambarkan ketuaan pedang ini yang sezaman dengan generasi manusia yang menggunakan jalan pelayaran sebagai alat pengangkutan yang utamanya. Menariknya hulu daripada gading tua.

TOMBAK ANTIK BESAR TEGAP (OFFER RM 250)



Dua tombak antik bersaiz lebih dari 10 inci panjangnya dan 2 inci lebar. Bilahnya agak tebal namun belum dicuci sempurna. Ia adalah tombak asli Melayu / Semenanjung.

1. Tombak Berbentuk Mata Panah : Buatannya 'simple' namun bentuk yang jarang2 ditemui dan agak tebal bilahnya.

2. Tombak Pengayuh Sampan Bermiang : Agak lebar bentuknya dan amat baik untuk pelaris perniagaan/ jualan. Belum dicuci sempurna.


ANAK PEDANG ANTIK / PEDANG SELIT (SOLD OUT)






Pedang antik ini menurut pemilik asalnya adalah anak pedang / pedang selit dari Tanah Arab. Keturunannya dikatakan generasi awal yang membuka Wilayah Islam Petani serta diwarisi turun temurun oleh keturunannya. Hulunya terdiri dari kayu yang dihiasi tembaga tua. Begitu juga sarungnya dibalut dengan tembaga tua. Bilahnya berpamor namun belum dicuci sempurna. Terdapat ketandaan 'Gagak Lapar' pada hujung bilahnya.

Saturday, November 7, 2009

JUALAN LEMBING & TOMBAK ANTIK MELAYU PADA HARGA BORONG (SOLD OUT)

Saya ada puluhan lembing dan tombak antik ingin dijual dengan harga borong kepada rakan-rakan yang mempunyai minat untuk memilikinya. Lembing dan tombak antik kini semakin 'pupus' di pasaran. Ia amat baik untuk dijadikan 'penghias' ruangan tetamu di rumah kita. Kepada rakan yang ingin merisik koleksi lembing dan tombak antik semenanjung saya ini sila hubungi di talian 012 9533 788.

BESI KURSANI 'PELARIS & PEMANIS DIRI' (RM 200)


Besi kursani saya dikatakan besi Gred A yang ditarik dari kerak Bumi di Tanah Jawa. Besi kursani mengikut orang-orang tua besi yang sama kejadiannya dgn besi yg ada dalam tubuh manusia. Kebiasaannya orang zaman duhulu pasti mencampurkan sedikit besi ini dalam pembuatan keris-keris terpilih. Khasiatnya sebagai pelaris & pemanis diri, menaikkan darjat namun segalanya hanya dengan izin Allah dan kita sebagai makhluk hanyalah berikhtiar.

Sebagaimana fungsi besi kursani juga adalah makhluk Allah yang telah ditentukan tugasnya di dunia ini oleh Nya. Malah ada orang-orang tua mendakwa besi kursani boleh membawa kebal kepada pemakainnya dalam keadaan terdesak dan mengikut keserasian pemiliknya. Wallahuaklam.

Saya telah menjual puluhan biji besi kursani ini dan alhamdulillah khasiatnya amat menakjubkan dengan izin Allah. Kita harus yakin bahawa ia juga adalah makhluk Allah yang mempunyai tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Antara khasiatnya sebagaimana testimonia beberapa rakan. Pelaris perniagaan yang besar, pemanis diri untuk jodoh atau kasih sayang, jika kita kakitangan bawahan dipandang tinggi oleh pegawai atasan / majikan namun yang penting ia tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan keburukan atau maksiat kepada Allah swt. Uniknya biarpun dari spesis 'besi' namun tidak ditarik oleh magnet.
Besi kursani banyak dipasaran namun ingatan saya 'beli' yang ori bukan yang cetak rompak...

DELIMA KURSANI / RAJA BATU PERMATA (RM 200)




Besi Meleleh saya dianggap oleh beberapa pengamal perubatan dan ahli kebatinan sebagai Delima Kursani / 'Raja Batu Permata'. Bermakna segala khasiat yang ada pada batu permata di dunia ini terkandung di dalamnya. Namun semuanya bergantung kepada keizinan Allah swt.

Besi Meleleh terkenal sebagai besi penyisih oleh tentera-tentera Melayu zaman dahulukala. Kebiasaannya mereka memakai besi melelah untuk mengelak terkena tembakan. Malah besi meleleh dengan kekuasaan Allah adalah sejenis besi yang mampu memberi semangat kepada pemakainya di samping amat ditakuti oleh makhluk halus yang jahat sebagai mana kejadiaannya yang telah ditentukan tugasnya oleh Allah swt.

Ia sering digunakan oleh pengamal perubatan tradisonal untuk memulihkan semangat mereka yang kerasukan, pendiding diri dan keluarga dari sihir serta ilmu hitam dan pengesan sihir manusia dipersekitaran pesakitnya. harus yakin bahawa ia juga adalah makhluk Allah yang mempunyai tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Antara khasiatnya sebagaimana testimonia beberapa rakan. Penghalau makhluk halus yang merasuk kerana makhluk halus yang jahat takut akannya, penghalang atau pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika ketakutan atau kecemasan, meningkatkan keyakinan diri dikhalayak ramai namun segala2nya harus dengan keizinan Allah swt. Uniknya biarpun dari spesis 'besi' namun tidak ditarik oleh magnet.

BADIK PAKAIAN BESI LAMA TEMPAAN 1 MUHARAM (RM 350)





Panjang keseluruhan 4-5 inci. Panjang bilah 2-3 inci. Hulu berukir dipangkal. Hulu dan sarung kemuning. Bentuk badik dikenali sebagai 'lidah ayam'. Buatan bilah yang amat cantik dan bermiang. Ditempa pada 1 Muharam dan dibuat dengan penuh petua silam serta diisi dengan doa yang terpilih amat sesuai sebagai pakaian diri.

PEDANG ANTIK BILAH BERPAMOR UNIK (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 33 inci, panjang bilah 26.5 inci. Hulu tembaga tua (Agak kemerahan kerana baru dicuci). Sampir kemuning berpelok. Batang serunai petai belalang. Bilah yang amat utuh dan masih sempurna. Keunikan bilahnya terletak kepada campuran besi miang keemasan dan berpamor. Mempunyai korok / lurah dipangkalnya. Besi yang hidup / boleh dibengkokkan.

Friday, November 6, 2009

KERIS BUGIS ANTIK LOK 7 BESI BAJA + KERAWANG GRED A (OFFER RM 2200)




Panjang keseluruhan 18.5 inci dan panjang bilah 14.5 inci. Hulu dan sampir kemuning serta batang serunai sena. Pendokok perak berukir tembus. Bilahnya amat tegap dan tebal. Mempunyai ketandaan tapak gajah disebelah dan gunung di sebelah yang lain. Mempunyai besi baja yang amat sempurna dan utuh.