Panjang keseluruhan 24.5 inci dan panjang bilah 20.5 inci. Berhulu bahar tua dan pendokoknya perak hitam berukir. Sampir keuning tua berpelok dan batang serunai sena berbelang. Bilah yang masih utuh mempunyai ketandaan 'gaat' dipangkal dan retak seribu di sebelah bilahnya secara penuh dari pangkal sehingga ke hujung bilah.
Sunday, October 4, 2009
OFFER OKTOBER : KERIS PANJANG ANTIK RETAK SERIBU (RM 3000)
Panjang keseluruhan 24.5 inci dan panjang bilah 20.5 inci. Berhulu bahar tua dan pendokoknya perak hitam berukir. Sampir keuning tua berpelok dan batang serunai sena berbelang. Bilah yang masih utuh mempunyai ketandaan 'gaat' dipangkal dan retak seribu di sebelah bilahnya secara penuh dari pangkal sehingga ke hujung bilah.
PELBAGAI LEMBING ANTIK MELAYU
1. Lembing Melayu Antik Bertulang & Bermiang Emas Penuh + Ada Gaat (RM 250)
Panjang keseluruhan 15.5 inci. Bertulang seumpama keris pandai sarah, mempunyai besi miang
perak & emas penuh dari pangkal hingga hujung dan terdapat ketandaan sekatan / gaat pada
bilahnya.
2. Lembing Berurat + Pecah + Bermiang Penuh + Mar 6 Segi (RM 250)
Panjang keseluruhan 13 inci. Berurat keseluruhan bilah, ada pecah di sisi. Berbesi miang
penuh dan mar 6 segi.
3. Lembing Malela Bertelinga Kembar (RM 250)
Panjang keseluruhan 15.5 inci. Lembing malela bertelinga kembar / 4 lubang di pangkal,
mempunyai korok/ alur namun belum dicuci.
4. Lembing Berurat Unik Pangkal - Hujung (RM 250)
Panjang keseluruhan 14.5 inci. Lembing berurat unik dengan pamor berurat dari pangkal
hingga hujungnya.
KERIS PANJANG BARU LOK 21 & BERPAMOR PERAK (OFFER RM 600)
KERIS PANDAI SARAH TEGAP + PAKAIAN TAJUNG (SOLD OUT)
OFFER OKTOBER : SUNDANG ANTIK TUA BERALUR + BERKUMA, BESI KAYU BURUK (SOLD OUT)
KERIS KELAS PERTANDINGAN : KERIS BUGIS ANTIK SELIT + PAKAIAN ASAL MILIK PENGIRING RAJA TERENGGANU (OFFER RM 1800)
KERIS MALELA BARU (OFFER RM 700)
PELBAGAI TOMBAK ANTIK MELAYU
1. Tombak Pengayuh Perahu Antik Terengganu (RM 300)
Masih utuh. Panjang keseluruhan 14 inci dan lebar pangkal 2 inci. Mempunyai besi miang,
gunungan dan besi baja yang amat baik.
2. Tombak Pengayuh Sampan Petani Antik + Berpamor Besi Mengerutu (RM 300)
Bilah yang masih utuh dan amat tebal. Panjang keseluruhan 12.5 inci dan lebar bilah pangkal 2.5
inci. Mempunyai pamor yang mengerutu. Belum dicuci.
3. Tombak Tegap Antik Hitam Halus (Rm 700)
Tombak besi hitam halus yang amat tegap. Panjang keseluruhan 22 inci. Besi hitam seumpama
besi Malela kualiti tinggi.
OFFER OKTOBER : PANDAI SARAH ANTIK LOK 9 PAHLAWAN TERENGGANU (RM 1800)
Subscribe to:
Posts (Atom)