Monday, July 6, 2009

PERTANDINGAN KERIS TERBUKA TERENGGANU 2009

Saya mewakili Persatuan Seni Purba Terengganu menjemput rakan2 peminat senjata Melayu di seluruh nusantara buat julung-julung kalinya untuk sama2 hadir bagi memeriahkan pertandingan keris terbuka ini pada :

Tarikh : 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat : Muzium Negeri Terengganu

Aturcara Program
9.00 Pagi - 10.00 Pagi :
Perasmian Program & Mesyuarat Agung Persatuan Seni Purba Terengganu
(Jemput Seluruh Rakan2 Hadiri Samada Sebagai Ahli / Pemerhati)

10.00 Pagi - 12.00 Tengahari :
Pendaftaran Pertandingan

12.00 Tengahari - 1.30 Pagi :
Penilaian & Pemarkahan Hakim Pertandingan

2.30 Petang - 3.30 Petang :
Persembahan Seni Silat

3.30 Petang - 4.00 Petang :
Penyampaian Hadiah & Bersurai.

Hakim Pertandingan : Persatuan Seni Purba Terengganu & Muzium Negeri Terengganu

Katogeri Keris Antik Yang Dipertandingkan :
1. Keris Malela
2. Keris Bugis Lok
3. Keris Bugis Sepokal
4. Alang Berpamor
5. Alang Tanpa Pamor
6. Pandai Sarah Berpamor
7. Pandai Sarah Tanpa Pamor
8. Senjata Antik Terbuka

Di samping pertandingan gerai jualan keris antik Terengganu akan turut dibuka InsyAllah. Jemput seluruh peminat senjata warisan Melayu untuk bersama2 memeriahkannya... Sebarang persoalan / pertanyaan atau bantuan sila hubungi saya Cikgu Mie Terengganu : 012 9533 788.

Sunday, June 14, 2009

KERIS TOK CU 'ANTIK' UNIK 3 TUKANG EMPU (OFFER JUN RM 1800)

Panjang keseluruhan 17 inci dan panjang bilah 13 inci. Mata bilahnya agak lebar serta beralur / berkorok dari pangkal hingga ke hujung. Besi hitam tua. Keunikan tok cu ini ia seolah-olah dibuat oleh 3 tukang empu iaitu bunga kerawang anak alang, belalai gajah model bugis dan bentuk bilahnya pandai sarah namun telah disahkan oleh yang arif bahawa ia adalah keris tok cu. Spesis ini jarang2 ditemui kerana keunikan buatannya. (Foto Rujuk 15/12/2008)

KERIS PANDAI SARAH ANTIK LOK 9 BESAR, TEGAP & LOK CANTIK (SOLD OUT)




Panjang keseluruhan 19 inci dan panjang bilah 14.5 inci. Bilah yang tegap & agak lebar. Besi hitam licin yang masih sempurna dan lok yang amat cantik. Koleksi peribadi.

KERIS BUGIS ANTIK LOK 7 (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 19.5 inci dan panjang bilah 16 inci. Mempunyai pamor yang jelas. Bilah yang tegap, utuh dan masih sempurna.

PANDAI SARAH SEPOKAL ANTIK (RM 1500)





Panjang keseluruhan 20 inci dan panjang bilah 15 inci. Bilah yang amat tegap, lebar dan masih sempurna.

KERIS PANJANG ANTIK (RM 1500)




Panjang keseluruhan 28 inci dan panjang bilah 23 inci. Besi hitam dan licin tua.

BUGIS SEPOKAL ANTIK BERPAMOR NIKEL PENUH (RM 2400)




Panjang keseluruhan 20 inci dan panjang bilah 14.5 inci. Berpamor nikel penuh dan amat tegap iaitu lebar dan tebal bilahnya.

SUNDANG ANTIK LOK 23 (RM 2900)




Panjang keseluruhan 26.5 inci dan panjang bilah 19 inci. Berlok 23. Besi yang amat tua.

ANAK ALANG / PANDAI SARAH SEPOKAL ANTIK BESI HITAM LICIN (RM 1700)



Panjang keseluruhan 19 inci dan panjang bilah 14 inci. Bilah pandai sarah namun dipakaikan dengan pakaian anak alang. Hulu berukir. Besinya halus, hitam dan licin yang berkualiti tinggi.

KERIS ANTIK LOK 5 PAMOR MERAMBUT / AIR MENGALIR (RM 900)




Keris antik lok 5 pamor merambut / air mengalir ini. Panjang keseluruhan 18.5 inci dan panjang bilah 15.5 inci. Bilahnya agak lebar.

ANAK ALANG ANTIK BERLURAH BESI HITAM (RM 1800)




Anak alang antik besi hitam halus berkualiti tinggi. Mempunyai lurah / Berkorok dari pangkal hingga ke hujung. Panjang keseluruhan 17 inci dan panjang bilah 12.5 inci.

BUGIS ANTIK LOK 3 KERIS SELIT BERPAMOR PERAK (RM 1700)


Keris bugis lok 3 ini adalah keris selit yang mempunyai pamor perak yang banyak. Panjang keseluruhan 12.5 inci dan panjang bilah 9.5 inci. Bilahnya agak lebar dan utuh.

Thursday, April 2, 2009

KERIS MALELA ANTIK LOK 5 (SOLD OUT)




Panjang keseluruhan 18.5 inci, panjang bilah14.5 inci. Hulu dan sampir kemuning dan batang serunai sena. Pendokok perak berukir. Bilah yang masih sempurna. Keris ini dikaitkan dengan keturunan seorang tokoh sejarah.

Saturday, March 14, 2009

KERIS BUGIS LOK 9, PAMOR MIANG BERLIAN PENUH (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 19.5 inci , panjang bilah 15 inci. Hulu bohor, sampir kemuning dan batang serunai sena. Pendokok perak berukir. Keris yang agak tegap / besar. mempunyai pamor berlian penuh dari pangkal hingga ke hujung. Spesis yang jarang-jarang juga ditemui.

5 BERADIK BADIK PAKAIAN TERPILIH TUKANG ISTANA KELANTAN DITEMPA PADA 1 MUHARAM (RM 350)



Panjang keseluruhan antara 4-4.5 inci dan panjang bilah antara 2-3 inci. 5 beradik 'Badik Pakaian' yang ditempa pada 1 Muharam oleh tukang istana Kelantan. Buatan badik ini amat cantik. Ia dibuat dengan penuh petua dan di'isi' dengan pelbagai ayat yang sesuai sebagai pakaian peribadi. Hulu dan sarung dari kemuning terpilih.

OFFER MAC : BADIK PAKAIAN (RM 200)

Pelbagai bentuk badik 'Pakaian' panjang antara 2-5 inci. Ia adalah besi lama yang ditempa semula. Badik Sepat, Badik Lidah Ayam, Badik Berpamor, Badik Besi Miang dan sebagainya.

BADIK PUPUK PECAH TENGAH + TAPAK GAJAH & GUNUNGAN (RM 700)


Panjang keseluruhan 9 inci, panjang bilah 5 inci. Badik pupuk pecah cobang ditengah. Terdapat ketandaan gunungan, kandungan ibu dan tapak gajah dipangkal. Terdapat 4 gaat di atas bilah yang agak tegap dan sempurna.

CINCIN IBOR TUNGGAL (RM 40)


CINCIN TERAS KELUAT (RM 40)


CINCIN TERAS RAJA KAYU (RM 40)



CINCIN TERAS GELUGOR (RM 40)

CINCIN TERAS CINTAMANI LAUT / BAHAR (RM 40)



CINCIN TERAS KEMUNING HITAM (RM 40)

CINCIN TERAS GEMUNGGAI / KELOR (RM 50)


Tuesday, March 10, 2009

KERIS MALELA ANTIK LOK 11 (RM 4900)

Panjang keseluruhan 17 inci, panjang bilah 14.5. Hulu dan sampir kemuning, batang serunai sena. Pendokok perak berukir tembus. Bilah malela yang masih utuh. Ganjar berkedut dan lok 11 iaitu antara spesis keris malela yang jarang-jarang ditemui. Lok dan kerawang yang amat cantik dan unik.



SUNDANG ANTIK BESI HITAM BERHULU TANDUK & PERAK BERUKIR (RM 3500)

Panjang keseluruhan 24 inci, panjang bilah 19.5 inci. Hulu tanduk dibalut perak putih berukir. Batang serunai sena. Bilah terdiri dari besi hitam dan terdapat lurah dipangkalnya.



KERIS BUGIS ANTIK LOK 7 BERPAMOR BULU AYAM & TAPAK GAJAH DIPANGKAL (SOLD OUT)

panjang keseluruhan 18 inci, panjang bilah 14.5 inci. Hulu dan sampir kemuning berpelok kualiti tinggi, batang serunai sena. Pendokok tembaga. Berpamor bulu ayam dan mempunyai ketandaan 'tapak gajah' di kedua-dua belah pangkalnya.




LEMBING ANTIK RETAK SERIBU BERHULU GADING (RM 1000)

Panjang keseluruhan 16 inci, panjang bilah 10 inci. Hulu gading pendokok perak. Keunikan pecah retak seribu iaitu spesis lembing yang jarang-jarang ditemui.


KERIS PANJANG ANTIK ANAK SUNGAI (RM 2900)

Panjang keseluruhan 27 inci, panjang bilah 21 inci. Hulu akar bohor dan pendokok tembaga hitam berukir. Sampir kemuning berpelok dan batang serunai sena. Mempunyai ketandaan anak sungai di kedua2 belahnya. Bilah masih sempurna dan besi hitam.



Wednesday, March 4, 2009

TONGKAT KELOR + TERAS ASAM JAWA + KEMUNING HITAM (RM 800)

Ketinggian atau panjang keseluruhan tongkat ini 38 inci. Hulu terdiri dari teras kelor atau gemunggai, tengkuk teras asam jawa dan batang kemuning hitam.


TONGKAT KELOR / GEMUNGGAI PENUH (RM 1800)


Ketinggian atau panjang keseluruhan tongkat ini 38 inci.

TONGKAT ALIK BESI (RM 90)

Menurut kepercayaan orang-orang tua 'alik besi' adalah sejenis kayu yang amat bisa tidak boleh dipukul kepada anak kerana kesannya amat besar. Ia amat ditakuti oleh binatang bisa seperti ular.

TONGKAT ROTAN SEMAMBU (RM 200)


Ketinggian atau panjang keseluruhan tongkat ini 38 inci.

TONGKAT PENAWAR HITAM (RM 350)


Ketinggian atau panjang keseluruhan tongkat ini 38 inci.

TONGKAT ROTAN BUKU BERADAB / BUKU SONGSANG



Sunday, February 22, 2009

KERIS MALELA ANTIK TEGAP LOK 9 BESI BULU RUSA (RM 5000)

Panjang keseluruhan 19.5 inci, panjang bilah 17.5 inci. Agak tegap atau besar saiz keris ini. Hulu dan sampir kemuning, batang serunai sena. Ganjar berkedut dan kerawang masih sempurna. Keunikan besi bilahnya secara keseluruhan dari besi bari bulu rusa, sejenis besi terpilih dan jarang-jarang ditemui wujud pada keris malela. Belum dicuci sempurna.














MINYAK KERIS MISIK & ZAFARON (RM 60)




Minyak keris misik dan zafaron amat sesuai di sapu kepada bilah keris antik. Di samping baunya yang harum serta sesuai dengan besi antik ia juga anti pengaratan yang baik. Semakin lama bilah yang di sapu dengan dua jenis minyak ini akan sebati dengan bau besi. Peminat 'isi dalam' juga mempercayai bahawa dua minyak ini mampu menyegarkan 'isinya'. Wallahuaklam.

KERIS PANJANG ANTIK BESI RETAK SERIBU (RM 2000)

Panjang keseluruhan 27 inci dan panjang bilah 21 inci. Hulu bahar, sampir kemuning dan batang serunai sena. Pendokok antik. Bunga kerawang yang masih cantik dan sempurna. Bilahnya pecah retak sebelah dari pangkal hingga ke hujung.









TERAS KENANGA & CEMPAKA






Teras Cempaka dan Kenanga menurut Ustaz Abdullah Qari amat berguna untuk merawat 1001 macam penyakit.

Saya juga memiliki pelbagai teras kayu yang sering menjadi 'buruan' peminat teras-teras kayu. Produk teras ini ditawarkan dalam bentuk cincin, tongkat atau kayu yang masih belum diproses. Antara teras yang ada dalam simpanan ialah teras :
1. Teras Gemunggai / Kelor
2. Teras Kemuning Hitam
3. Teras Kemuning Emas
4. Teras Kemuning Limau
5. Teras Kemuning Kabong
6. Teras Raja Kayu
7. Teras Asam Jawa
8. Teras Asam Gelugor
9. Teras Kayu Mali
10. Teras Laka
11. Teras Kait
12. Teras Api-Api
13. Teras Chendana
14. Teras Kayu Berlian
15. Teras Penawar Hitam
16. Teras Keluat
17. Akar Bahar Hitam
18. Ibor Tunggal
19. Sulur Bertam
20. Buah Koka
21. Teras Cempaka
22. Teras Kenanga

PEDANG ANTIK SANGGA TEMBAGA BERUKIR (RM 2500)
















Panjang keseluruhan 45 inci dan panjang bilah 37 inci. Sarung dan hulu kayu buwei. Sangga berukir bunga-buangaan dan dibalut perak pada bilah pangkalnya. Besi hitam berlurah dan bertulang. Saiz yang agak panjang menambah keunikannya. Belum dicuci sempurna.

KERIS BUGIS ANTIK TAPAK GAJAH LOK 7 (RM 5000)

Panjang keseluruhan 17.5 inci. Panjang bilah 14.5 inci. Hulu dan sampir kemuning, Batang serunai sena. Pendokok tanduk. Keistimewaan keris yang tegap, pamor yang jelas dan mempunyai 'tapak gajah' dikedua-dua bilahnya.









PELBAGAI BADIK 'PAKAIAN' : 2 - 5 INCI (RM150 - RM300)





























Pelbagai bentuk badik 'Pakaian' panjang antara 2-5 inci. Ia adalah besi lama yang ditempa semula. Badik Sepat, Badik Lidah Ayam, Badik Berpamor, Badik Besi Miang dan sebagainya.

Tuesday, February 17, 2009

PEDANG BELANDA ANTIK BERLURAH KEMBAR (RM 2500)






Panjang keseluruhan 34 inci. Panjang bilah 27 inci. Bilahnya besi licin berkilat mempunyai lurah berkembar. Sarung dan hulu berukir.

LEMBING ANTIK BESI HITAM RETAK KALIMAH DITENGAH (RM 400)


Lembing antik bertulang dan retak kalimah ditengah. Besi hitam licin. Panjang keseluruhan 15.5 inci.

TOMBAK PETANI-KELANTAN BESI BERKERUTU & BERPAMOR (RM 600)





Panjang keseluruhan 12.5 inci. Bilah agak tebar, lebar dan berpamor berurat & berkerutu kasar. Ada ketandaan seumpama 'tapak gajah' dipangkal.

LEMBING ANTIK BESI HITAM PECAH DITENGAH (SOLD OUT)


Lembing besi hitam pecah ditengah. Besinya berurat bari bulu rusa. Terdapat besi selit ditengah-tengahnya. Panjang keseluruhan 17.5 inci.

KERIS BUGIS ANTIK LOK 9 BESI HITAM (SOLD OUT)





Panjang keseluruhan 18.5 inci. Panjang bilah 14.5 inci. Hulu kemuning, sampir kemuning dan batang serunai sena. Besi hitam dan bilah yang amat sempurna. Terdapat besi selit pada ganjarnya. Belum dicuci sepenuhnya. Keris ini dikatakan mempunyai perkaitan dengan tokoh sejarah.

LEMBING MALELA ANTIK BERLURAH & BERTULANG (SOLD OUT)




Lembing malela antik berlurah & bertulang ditengah. Ada 'telinga' dipangkal kiri-kanan. Mar 6 segi. Panjang keseluruhan 12.5 inci. Belum dicuci.

LEMBING PAMOR BERURAT BESI HITAM (RM 350)



Lembing pamor berurat besi hitam. Panjang keseluruhan 14.5 inci.

LEMBING PENGAYOH SAMPAN ANTIK KETANDAAN MATA PANAH (RM 350)



Lembing antik ini berbentuk pengayuh sampan. Pecah dipangkal dan ada ketandaan 'mata panah' dihujungnya. Belum dicuci sempurna. Panjang keseluruhan 13.5 inci. Saiz agak lebar dan tebal.

BADIK ANTIK BERPAMOR MELILIT (RM 1000)



Panjang keseluruhan 11.5, panjang bilah 8. Keunikan badik ini ialah pamor lilitnya yang jelas dan 'pupuk dalam'. Kebiasaan badik dipupuk ditulang atau atas bilah namun badik ini pupuknya di dalam bilah. Ia spesis yang jarang2 jua ditemui.

LEMBING PETANI - KELANTAN ANTIK BERKETANDAAN 'ANAK SUNGAI', MAR KELOPAK BUNGA (RM 350)


Lembing Petani - Kelantan ini mempunyai ketandaan anak sungai (rezeki) ditengah bilahnya. Marnya berduri / 'kelopak bunga'. Panjang keseluruhan 17.5 inci. Terdapat juga besi miang pada bilahnya.

LEMBING PETANI - KELANTAN ANTIK BESI SELIT, MAR KELOPAK BUNGA (SOLD OUT)




Lembing Petani - Kelantan ini mempunyai besi selit melebihi separuh bilahnya. Marnya berduri / 'kelopak bunga'. Mempunyai besi miang dipangkal. Bilah yang masih sempurna sepanjang 18.5 inci. Menurut empunyanya lembing ini diwarisi turun temurun dan telah dimasukkan dengan pelbagai hikmat wallahuaklam.

TOMBAK ANTIK BERPAMOR MIANG PENUH, TEGAP & 'TELAGA' DIPANGKAL (SOLD OUT)


Lembing / Tombak berbilah lebar, tegap & tegap. Miang berlian penuh . Ada 'telaga' / lubang ketandaan dipangkal. Panjang keseluruhan 17 inci. Bersaiz besar, tebal bilahnya serta spesis 'Miang Berlian' yang jarang ditemui.

KERIS MALELA 'BARU' WIFIK / ABJAD PERAK LOK 3 (RM 800)






Panjang keseluruhan 19 inci dan panjang bilah 15 inci. Keunikan wifik / abjad perak pada bilahnya.

Wednesday, January 21, 2009

PANDAI SARAH ANTIK LOK 9 BESAR TEGAP & LOK CANTIK (RM 1990)





Panjang keseluruhan 19 inci dan panjang bilah 14.5 inci. Bilah yang tegap & agak lebar. Besi hitam licin yang masih sempurna dan lok yang amat cantik. Koleksi peribadi.

Thursday, January 15, 2009

HULU TAJUNG KAYU KEMUNING DIUKIR DALAM (SOLD OUT)






Hulu tajung ukiran dalam kayu kemuning + Hadiah sarung tajung tegap besar, panjang 32 inci.

LEMBING BESI HITAM BERURAT TEGAP (RM 700)





Lembing besi hitam tegap berurat. Agak tebal, panjang dan lebar. Besi kualiti tinggi dan ada besi miang gunungan di pangkal. Panjang keseluruhan 21.5 inci. Bilah yang amat sempurna.

SERAMPANG 3 ANTIK (RM 250)


Serampang 3 antik. Mempunyai urat / anak sungai / pecah di setiap bilah matanya. Panjang keseluruhan 10 inci.

PELBAGAI HULU (RM 130)







Pelbagai Hulu. Hulu Jawa Demam, Patah 3, Pipit Teleng. Kayu Buie. Menerima tempahan kuantiti yang banyak dengan harga istimewa.

OFFER - 50% : KERIS PANJANG ANTIK BERTULANG BESI MIANG PENUH (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 24 inci, panjang bilah 18 inci. Hulu & Sampir kemuning dan batang serunai sena. Keunikan keris ini bertulang hingga ke hujung dan besi miang berurat penuh sehingga ke hujung.

Sunday, December 21, 2008

KERIS PANJANG ANTIK BESI HITAM LICIN (RM 3900)






Panjang keseluruhan 26 inci dan bilah 21.5 inci. Hulu gigi antik. Sampir kemuning & batang serunai sena antik yang telah dibalut perak. Bunga kerawang & bilah besi hitam licin yang masih sempurna. Koleksi peribadi sejak sekian lama.

KERIS PANDAI SARAH SEPOKAL ANTIK BULU RUSA (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 20 inci dan panjang bilah 15 inci. Hulu & sampir kemuning. Batang serunai sena. Besi kualiti tinggi, besi tarung bulu rusa penuh. Bilah yang agak lebar dan mata yang masih sempurna. Koleksi peribadi sejak sekian lama.

Wednesday, December 17, 2008

KERIS PICITAN JAWA ANTIK (SOLD OUT)











Keris picitan jawa asli. Besi hitam tua dan terdapat 23 picitan yang dikesan pada bilahnya.

OFFER AKHIR TAHUN : BAYONET ANTIK BESI BERDENGUNG (SOLD OUT)











Panjang Keseluruhan 29.5 Inci. Panjang Bilah 22.5 Inci. Hulu Tanduk Dan Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Mempunyai Korok/Alur Yang Dalam & Lebar. Bentuk Mata Yang Lentik Lebar. Sempurna Fizikalnya Namun Masih Dalam Karat. Besi Hitam Licin Halus & 'Berdengung' Jika Dijentik. Rupa besi hitamnya seumpama pedang Melayu.

KERIS MALELA ANTIK LOK 5, TEGAP & UNIK (GABUNGAN MALELA BIASA & TULANG BULAT)
















Panjang keseluruhan 19.5, panjang bilah 15.5. Hulu dan sampir kemuning tua kualiti tinggi. Batang serunai sena berpelok/ lorek. Ia dianggap spesis keris malela yang amat jarang ditemui iaitu gabungan tulang bulat dengan malela biasa. Malah tulangnya bermula dipangkal diikuti garisan halus ditepi tulangnya atau dikenali sebagai 'kuma'. Saiznya yang agak besar, tegap dari pangkal hingga ke hujung. Kebiasaan keris malela ganjar berkedut agak cepat tirus ke hujung namun perhatikan keunikan keris ini yang tetap melebar dihujung. Besi hitam kualiti tinggi. Ada sedikit kerosakan pada bilah pangkalnya. Biarpun ada sedikit kerosakan dimakan usia ia pernah ditawarkan dengan harga tinggi oleh seorang rakan.

PANDAI SARAH ANTIK LOK 5 BESI HITAM LICIN (SOLD OUT)







Panjang keseluruhan 12.5, panjang bilah 9.5. Saiz yang agak pendek menjadikan ia lebih sesuai dianggap sebagai keris selit. Keris ini diperolehi di Terengganu. Sehingga kini ramai yang menganggap ia keris pandai sarah kerana bertulang ditengah namun keunikannya pada bunga kerawang dan tanpa belalai gajah. Besi hitam licin kualiti tinggi.

LAWI AYAM ANTIK (RM 400)







Panjang keseluruhan 8 inci, panjang bilah 5 inci. Bilahnya tua hitam dan bertulang ditengahnya. Sarung dan hulu ada sedikit ukiran.

BERTAP (SANGGUL BUNIAN)


KERIS MALELA 'BARU' LOK 9 GANJAR BERKEDUT, BESAR & TEGAP (SOLD OUT)





















Panjang keseluruhan 23 inci dan panjang bilah 18 inci. Hulu & sampir berukir bunga dilehernya. Ganjar berkedut dan lok 9. Keunikan besar dan tegap. Keris malela antik yang seumpamanya ini mencecah RM 10k ke atas jika ditemui.

KERIS PANJANG 'BARU' MAR KAPIT PASAK 3 (SOLD OUT)
















Panjang keseluruhan 27 inci dan panjang bilah 23 inci. Hulu, sampir & batang serunai berukir penuh. Besi hitam tempaan baru. Keunikan bilah 'Mar Kapit Ada 3 Pasak'. Spesis ini jarang2 ditemui kalau ada yang antik dan tiada cacat celanya mau cecah RM 10k ke atas.

PROMOSI KERIS 'BARU' KUALITI TINGGI

Atas permintaan rakan2 yang mungkin sukar untuk mendapatkannya atau tidak mampu memiliki keris 'antik' saya iklankan jua produk baru yang agak berkualiti untuk memenuhi kepelbagaian citarasa rakan2 di seantero alam Melayu ini.

Monday, December 15, 2008

BESI MELELEH ASLI (RM 120)




Saya telah menjual puluhan biji besi meleleh ini dan alhamdulillah khasiatnya amat menakjubkan dengan izin Allah. Kita harus yakin bahawa ia juga adalah makhluk Allah yang mempunyai tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Ia pernah dianggap oleh beberapa pengamal perubatan dan ahli kebatinan sebagai 'Raja Batu Permata'. Bermakna segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung di dalamnya. Namun semuanya bergantung kepada keizinan Allah swt.

Antara khasiatnya sebagaimana testimonia beberapa rakan. Penghalau makhluk halus yang merasuk kerana makhluk halus yang jahat takut akannya, penghalang atau pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika ketakutan atau kecemasan, meningkatkan keyakinan diri dikhalayak ramai namun segala2nya harus dengan keizinan Allah swt.

BESI KURSANI ASLI (RM 150)




Saya telah menjual puluhan biji besi kursani ini dan alhamdulillah khasiatnya amat menakjubkan dengan izin Allah. Kita harus yakin bahawa ia juga adalah makhluk Allah yang mempunyai tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Antara khasiatnya sebagaimana testimonia beberapa rakan. Pelaris perniagaan yang besar, pemanis diri untuk jodoh atau kasih sayang, jika kita kakitangan bawahan dipandang tinggi oleh pegawai atasan / majikan namun yang penting ia tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan keburukan atau maksiat kepada Allah swt.

Besi kursani banyak dipasaran namun ingatan saya 'beli' yang ori bukan yang cetak rompak...

KERIS TOK CU 'ANTIK' UNIK 3 TUKANG EMPU ( RM 2200)















Panjang keseluruhan 17 inci dan panjang bilah 13 inci. Mata bilahnya agak lebar serta beralur / berkorok dari pangkal hingga ke hujung. Besi hitam tua. Keunikan tok cu ini ia seolah-olah dibuat oleh 3 tukang empu iaitu bunga kerawang anak alang, belalai gajah model bugis dan bentuk bilahnya pandai sarah namun telah disahkan oleh yang arif bahawa ia adalah keris tok cu. Spesis ini jarang2 ditemui kerana keunikan buatannya.

Sunday, December 14, 2008

KERIS BARU 'KUDI' (RM 40 - RM 75)



Panjang Bilah 4 - 12 Inci. Keris 'Kudi' untuk cenderamata, belajar silat/ keris gelanggang, isian hikmat dan sebagainya. Tempahan dengan kuantiti yang banyak akan mendapat harga yang rendah.

Friday, November 21, 2008

ANAK SUNDANG MALELA ANTIK : KOLEKSI PERIBADI
















Panjang Keseluruhan 21 Inci, Panjang Bilah 15 Inci. Batang Serunai Sena Bercorak. Hulu Kemuning. Sarung Dan Hulu Dibalut Perak. Mata Melela Hitam Asli. Korok Jelas Dan Dalam. Mata Yang Sempurna. Info : Sekadar Untuk Tatapan Rakan2. Anak Sundang Ini Telah Menjadi Johan 'Katogeri Tanpa Pamor' Dalam Pertandingan Keris Di Kuala Lumpur, Pada 26 Oktober 2008.

OFFER DISEMBER : KERIS PANJANG ANTIK TERENGGANU (RM 1500)







Panjang keseluruhan 24 Inci. Panjang Bilah 19 Inci. Mata Licin, Hitam, Halus, Tua Dan Sempurna / Tiada Kecacatan. Besi Hitam Spt Besi Malela. Hulu & Sarung Berpelok/ Lorek, Batang Serunai Sena.

OFFER DISEMBER : LEMBING / TOMBAK ANTIK TERENGGANU (RM 200)

Pelbagai lembing / tombak Terengganu yang ditawarkan :
1. Lembing Kait Miang Berlian
2. Serampang 3 Besi Pecah
3. Lembing Miang + Anak Sungai

HULU TAJUNG PETANI (SOLD OUT)




Hulu Tajung Ukir Kayu Halus Petani. Balut Perak Di Muncung & Pendokok. Asli Buatan Petani. Hanya Ada 5 Buah Sahaja. 'Hot Kerana Stok Amat Terhad Dipasaran'.

KERIS BUGIS ANTIK LOK 9 PAMOR JELAS (SOLD OUT)







Panjang keseluruhan 17.5 Inci. Bilah 16.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Besi Hitam Lok 9. Pamor Gunungan, Pucuk Rebung & Sebagainya Yang Jelas. Pamor Hujan Mas Di Ganjar. Ada Pamor Perak & Besi Miang Penuh. Bilah Yang Masih Sempurna.

Sunday, November 2, 2008

SAMPEL BATANG / HULU LEMBING + TEMIM YANG DIJUAL (RM 120)



Berikut adalah contoh batang / hulu lembing dari kayu kulim / cengal yang dijual dalam blog saya ini. Panjang kebiasaannya lebih kurang 5 kaki dan saiz kayu biasanya bergantung kepada permintaan. Jenis Temim / Pendokok lembing pula bergantung kepada stok namun kebiasaan adalah bercorak.

Wednesday, October 29, 2008

BADIK BAYAM ANTIK BESI BERURAT PECAH DITENGAH (RM 1100) OFFER NOVEMBER






Panjang Keseluruhan Inci. Panjang Bilah Inci. Hulu Tanduk Burung Kakaktua. Sarung Buwei. Besi Pecah Tengah & Berurat. Mempunyai Bunga / Kerewang Dipangkal.

ANAK ALANG ANTIK BESI HITAM LICIN MANIS (SOLD OUT)





Panjang Keseluruhan 19.5 Inci. Panjang Bilah 14.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Besi Hitam Halus Licin Dan Amat Manis Dipandang Mata.

PELBAGAI LEMBING ANTIK TERBARU






1.Serampang Mata 3 : Panjang Keseluruhan 10 Inci & Panjang Bilah 6 Inci. Ada Ketandaan Pecah Pada Setiap Mata Serampang Ini. Belum Dicuci Sempurna. (RM 280)

2. Lembing Kait Besi Miang Berlian Penuh : Panjang Keseluruhan 15 Inci & Panjang Bilah 10 Inci. Besi Miang Berliang Penuh Dan Ada Besi Miang Selit Ditengah Matanya. Besi Miang Berurat. (RM 280)

3. Lembing Besi Hitam Licin & Bermiang Emas Ditengah : Panjang Keseluruhan 16 Inci & Panjang Bilah 11.5 Inci. Unik Dengan Miang Emas Ditengah & Besi Hitam Halus DiMatanya. Utuh Dan Masih Sempurna Fizikalnya. (SOLD OUT)

4. Lembing Pamor Perak Penuh & Pelbagai Pamor : Panjang Keseluruhan 17.5 Inci & Panjang Bilah 12.5 Inci. Pamor Bulu Ayam, Paku Pakis Dan Pelbagai Lagi. Mempunyai Telinga Dipangkal & Bertulang Bulat. Pamor Kurang Jelas Dalam Picture (SOLD OUT)

Sedia Menjual : 'Hulu/batang' lembing siaz standard (lingkungan 5 kaki panjang) dari kayu terpilih spt kayu 'Kulim, Cengal, Berlian, Pinis' dan mempunyai 'temin / pendokok lembing' (RM 120 sebatang).

Thursday, October 23, 2008

BARANGAN ANTIK TERBARU YANG BAKAL DIPAMERKAN SELEPAS DEEPAVALI

1. Anak Alang Antik Besi Licin Hitam Halus
2. Malela Lok 5 Antik Besi Licin Hitam Halus (Gred A)
3. Sundang Lok 5 Antik Besi Licin Hitam Halus (Gred A)
4. Keris Panjang Antik Besi Miang Penuh Bertulang Ditengah
5. Badik Bayam Besar Mempunyai Aring/ Bunga Dipangkal
6. Pedang Antik Terengganu Besi Hitam
7. Pedang Antik Terengganu Bersobek / Berukir Pakaiannya
8. Pelbagai Jenis Lembing Antik Terengganu Unik & Berkualiti Tinggi
9. Bannet British Antik
10. Badik Pupuk Lidah Ayam Besi Bermiang Selit
11. Set Tepak Sirih Antik Lengkap Tembaga : Tepak, Bekas Sirih / Gambir, Pengacip Pinang & Gobek Sirih

Tuesday, October 21, 2008

SALAM AIDIL FITRI & UKHUWWAH BUAT SEMUA

Salam Aidil Fitri & Ukhuwwah buat semua... suasana Aidil Fitri masih menyelubungi seluruh umat Islam di negera kita... Begitulah jua tidak terkecualinya dari saya buat seluruh sahabat pencinta kesenian purba di nuasantara..

Memenuhi tuntutan ukhuwwah ini saya amatlah berbesar hati ingin berkenalan dengan para sahabat semua walau dimana jua anda berada. Insya Allah saya akan berada di KL pada 25-27 Oktober 2008 (Sabtu-Isnin) ini... Kepada para sahabat yang ingin berkenalan & bertemu dengan saya InsyAllah amat2lah dialu2kan... Hubungi atau msg saya di talian : 012 9533 788

Saturday, October 18, 2008

LEMBING / TOMBAK ANTIK YANG INGIN DI'MAHAR'KAN









1. Lembing Antik Malela Berkorok Lok Satu Di Hujung : Panjang keseluruhan 15.5 inci & Panjang Bilah 10.5 inci (SOLD OUT)
2. Lembing Antik Besi Miang Tegap & Bertulang Ditengah : Panjang keseluruhan 18.5 inci & Panjang Bilah 15.5 inci (RM 300)
3. Lembing Antik Besi Miang Emas Telaga Dipangkal, Puting Putar & Bertulang Ditengah : Panjang keseluruhan 15.5 inci & Panjang Bilah 10.5 inci (SOLD OUT)
4. Serampang 3 & Lembing Kait : Panjang keseluruhan 10-14 inci & Panjang Bilah 6-9 inci. Serampang & Lembing Kait kebiasaannya digunakan untuk mencari rezeki / berburu pada zaman purbakala. Justeru itu ia dikaitkan fungsinya pada zaman kini sebagai pelaris perniagaan (RM 250 Sebilah)
5. Lembing Antik Bertulang Tengah, Ketandaan Anak Sungai, Ada Gaat / Sekatan, Ada 'Y' Melintang (NEW) : Panjang keseluruhan 16 inci & Panjang Bilah 12.5 inci (RM 350) (SOLD OUT)

Perhatian : Saya turut menerima tempahan 'hulu/batang' lembing siaz standard (lingkungan 5 kaki panjang) dari kayu terpilih spt kayu 'Kulim (Kayu Merah + Berurat) , Cengal, Berlian, Pinis' dan mempunyai 'temin / pendokok lembing' (RM 120 sebatang).

Rujukan Tambahan

Saturday, October 11, 2008

BADIK PUPUK ANTIK TERENGGANU (RM 900) OFFER SYAWAL










Panjang keseluruhan 12 Inci. Bilah 8 Inci. Hulu Bohor. Sarung kemuning. Besi Hitam Berlapis Seperti Pisau Rembau, Mempunyai Beberapa Gaat & Pecah Dipangkal. Mata Yang Sempurna.

Friday, October 10, 2008

PENGENALAN LEMBING / TOMBAK & BEBERAPA KOLEKSI SAYA

















Lembing / tombak dianggap senjata yang paling tua dari senjata-senjata lain. Kewujudannya telah dikesan sejak zaman batu lagi. Ia merupakan senjata lontar atau khas untuk memburu ketika itu.

Kemudiannya ia telah dikesan digunakan di zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai senjata tentera di barisan hadapan terutama untuk menjatuhkan tentera berkuda pihak lawan.

Foto di atas adalah sebahagian dari koleksi lembing / tombak saya. Pelbagai bentuk, pelbagai saiz dan pelbagai rupa. Apabila kita membicarakan persoalan Senjata Melayu, lembing / tombak tidak boleh dipisahkan. Lembing / Tombak dalam sejarah tidak hanya sekadar 'pakaian' pengawal Istana namun turut dikaitkan dengan Kebesaran Diraja. Malah ada juga lembing / tombak yang digunakan untuk mencari rezeki, sebagai azimat dan senjata peperangan.

Saya adalah peminat 'tegar' lembing / tombak pada kebiasaannya apabila ada rakan yang ingin me'mahar'kannya saya pasti lah antara orang yang tak jemu2 'menyambutnya'... di samping harganya yang pasti tidak setinggi keris namun keunikan dan kepelbagaian bentuknya amatlah memikat hati... begitulah al kisahnya...

Pun begitu adat memiliki pasti jua perlu melepaskan ia pada ketika2 tertentu... Saya masih ada hampir 30 bilah lembing / tombak yang ingin di'mahar'kan kepada rakan2 yang ingin melamarnya silalah msg / email saya ya...

DISKUSI MINDA 4 : PENGENALAN KERIS

Keris adalah senjata tajam yang pada asalnya digunakan oleh orang Melayu sebagai senjata untuk menikam atau menusuk. Ia biasanya digunakan dalam ruang yang terbatas, yang penggunaan pedang serta lembing kurang sesuai digunakan.

Mata keris ada yang lurus dan ada yang berluk. Orang Melayu percaya mata keris yang berluk sangatlah bisa dan jika terkena tikamannya boleh membawa maut serta merta.

Ganjar yang terdapat pada pangkal mata keris membezakan keris dengan senjata lain. Mata keris yang mempunyai 2 belah mata tajam melebar dari hujung turun ke arah pangkal menuju ke atas ganjar.

Ganjar memudahkan keris dipegang. Semasa dipegang ibu jari ditempatkan ke atas bahagian picitan di pangkal mata, sambil jari telunjuk ditempatkan di bawah ganjar untuk menahan berat mata. Dalam pada itu ganjar yang berlanjutan pada bahagian belakang mata dapat melindungi tulang-tulang ketuk jari.

Keris ditempa dengan menggunakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 jenis logam, iaitu besi, baja dan bahan pamor. Sebilah senjata yang diperbuat bukan dengan cara ditempa, tidak boleh dikatakan keris. Contohnya keris daripada guntingan zink, tong dram, tembaga kuning dan sebagainya.

Keris juga sering dihubungkan dengan kepercayaan adanya kuasa ghaib, kesaktian ataupun keistimewaan yang ada padanya. Umpamanya kepercayaan yang menyatakan sesebilah keris yang memiliki hikmat yang tinggi boleh membunuh musuhnya dengan hanya menikam bekas tapak kaki orang yang dimaksudkan itu.

Perkara yang istimewa tentang mata keris ialah hiasan ataupun motif yang menghiasi permukaan mata keris yang disebut sebagai ‘pamor’. Dipercayai pamor ini mampu membawa tuah yang tertentu seperti misalnya mampu membawa kebahagian dan ketenteraman kehidupan kepada pemakai atau pemiliknya.

Malah pamor juga dianggap sebagai ‘kod’ pengenalan generasi yang terdahulu dalam menempa sesebilah keris sebagai panduan kepada generasi terkemudian tentang maksud atau tujuan sesebilah keris itu dihasilkan. Contohnya pamor keris bugis yang dikenali sebagai ‘Pucuk Rebung’ dipercayai mampu mengangkat darjat pemilik atau pemakainya.

ANAK ALANG ANTIK TEGAP BESI HITAM (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 18 Inci. Bilah 11.5 Inci. Hulu & Sampir Cantik Kemuning Emas. Batang Serunai Sena. Besi Hitam Tua Mirip Besi Malela. Badan Tegap Bulat Dipangkal. Mata Lurus & Sempurna Serta Tiada Kecacatan.

SUNDANG ANTIK TERENGGANU BESI 'SIAR TERBANG' (SOLD OUT)











Panjang keseluruhan 27 Inci. Bilah 21 Inci. Hulu kemuning. Sarung Sena. Besi Licin 'Siar Terbang' (Dua Besi Dicantum Menjadi Satu), Ganjar Iras, & Mempunyai Besi Miang Dipangkal. Mata Yang Sempurna.

KERIS CERITA ANTIK BERPAMOR (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 12 Inci. Bilah 8 Inci. Hulu & Sampir Kemuning Tua. Batang Serunai Sena. Hulu & Sarung Telah Dibalut Perak. Berkorok / Berlurah & Berpamor Jelas. Mempunyai Ketandaan 'Telaga Mambeling' (Rezeki) Di Picitannya. Mata, Akot & Aring Yang Sempurna. Amat Sesuai Untuk Dibuat Keris Selit Istiadat Istana. Keunikan keris ini terletak kepada susunan besi dipangkalnya iaitu sebelah besi mendatar dan sebelah lagi melintang. Pakaian Seorang Ulama Silam Terengganu.

BUGIS GANJA IRAS ANTIK LOK 7 KUKU BIMA







Panjang keseluruhan 19.5 Inci. Bilah 14.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Pelbagai Pamor Yang Jelas, Susunan Besi Yang Cantik, Bilah Yang Tegap, Tebal, Sempurna Serta Tiada Kecacatan. Keunikan Ganjar Iras & Kuku Bima.

PANDAI SARAH ANTIK TEGAP (RM 1400) OFFER SYAWAL






Panjang keseluruhan 19 Inci. Bilah 16.5 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Mata Lurus & Sempurna Serta Tiada Kecacatan. Uniknya Besi Tarung Bulu Rusa, Tanpa Belalai Gajah & Amat Tegap / Pangkal Tebal & Lebar 3.5 Jari.

BUGIS ANTIK LOK 9







Panjang keseluruhan 18 Inci. Bilah 14 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Pamor Yang Jelas, Susunan Besi Yang Cantik, Bilah Yang Tegap, Tebal, Sempurna Serta Tiada Kecacatan.

Saturday, October 4, 2008

KERIS MALELA ANTIK LOK 5 BERPAMOR (SOLD OUT)












Panjang keseluruhan 17.5 Inci. Bilah 14 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Malela Tua Berpamor Terengganu Spesis Jarang Ditemui. Masih Belum Dicuci Sempurna Namun Pamornya Amat Jelas. Lok Yang Amat Cantik Serta Halus Kesenian Buatannya Terutama Dipangkalnya.

BADIK BAYAM ANTIK ANAK SUNGAI (SOLD OUT)





Panjang keseluruhan 12 Inci. Bilah 9 Inci. Hulu & Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Mata Tua. Mempunyai 'Anak Sungai' Bermula Dipangkal Sehingga Ke Hujung Mata Di Tulang Belakang.

KERIS SEPOKAL MALELA ANTIK (SOLD OUT)





Panjang keseluruhan 17.5 Inci. Bilah 14 Inci. Hulu Kemuning. Batang Serunai Sena. Mata Lurus, Mempunyai Lurah & Alur Malela Yang Dalam & Masih Sempurna. Sepokal Malela Terengganu Tua Spesis Jarang2 Ditemui.