Sunday, December 21, 2008

KERIS PANJANG ANTIK BESI HITAM LICIN (RM 3900)






Panjang keseluruhan 26 inci dan bilah 21.5 inci. Hulu gigi antik. Sampir kemuning & batang serunai sena antik yang telah dibalut perak. Bunga kerawang & bilah besi hitam licin yang masih sempurna. Koleksi peribadi sejak sekian lama.

KERIS PANDAI SARAH SEPOKAL ANTIK BULU RUSA (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 20 inci dan panjang bilah 15 inci. Hulu & sampir kemuning. Batang serunai sena. Besi kualiti tinggi, besi tarung bulu rusa penuh. Bilah yang agak lebar dan mata yang masih sempurna. Koleksi peribadi sejak sekian lama.

Wednesday, December 17, 2008

KERIS PICITAN JAWA ANTIK (SOLD OUT)











Keris picitan jawa asli. Besi hitam tua dan terdapat 23 picitan yang dikesan pada bilahnya.

OFFER AKHIR TAHUN : BAYONET ANTIK BESI BERDENGUNG (SOLD OUT)











Panjang Keseluruhan 29.5 Inci. Panjang Bilah 22.5 Inci. Hulu Tanduk Dan Sampir Kemuning. Batang Serunai Sena. Mempunyai Korok/Alur Yang Dalam & Lebar. Bentuk Mata Yang Lentik Lebar. Sempurna Fizikalnya Namun Masih Dalam Karat. Besi Hitam Licin Halus & 'Berdengung' Jika Dijentik. Rupa besi hitamnya seumpama pedang Melayu.

KERIS MALELA ANTIK LOK 5, TEGAP & UNIK (GABUNGAN MALELA BIASA & TULANG BULAT)
















Panjang keseluruhan 19.5, panjang bilah 15.5. Hulu dan sampir kemuning tua kualiti tinggi. Batang serunai sena berpelok/ lorek. Ia dianggap spesis keris malela yang amat jarang ditemui iaitu gabungan tulang bulat dengan malela biasa. Malah tulangnya bermula dipangkal diikuti garisan halus ditepi tulangnya atau dikenali sebagai 'kuma'. Saiznya yang agak besar, tegap dari pangkal hingga ke hujung. Kebiasaan keris malela ganjar berkedut agak cepat tirus ke hujung namun perhatikan keunikan keris ini yang tetap melebar dihujung. Besi hitam kualiti tinggi. Ada sedikit kerosakan pada bilah pangkalnya. Biarpun ada sedikit kerosakan dimakan usia ia pernah ditawarkan dengan harga tinggi oleh seorang rakan.

PANDAI SARAH ANTIK LOK 5 BESI HITAM LICIN (SOLD OUT)







Panjang keseluruhan 12.5, panjang bilah 9.5. Saiz yang agak pendek menjadikan ia lebih sesuai dianggap sebagai keris selit. Keris ini diperolehi di Terengganu. Sehingga kini ramai yang menganggap ia keris pandai sarah kerana bertulang ditengah namun keunikannya pada bunga kerawang dan tanpa belalai gajah. Besi hitam licin kualiti tinggi.

LAWI AYAM ANTIK (RM 400)







Panjang keseluruhan 8 inci, panjang bilah 5 inci. Bilahnya tua hitam dan bertulang ditengahnya. Sarung dan hulu ada sedikit ukiran.

BERTAP (SANGGUL BUNIAN)


KERIS MALELA 'BARU' LOK 9 GANJAR BERKEDUT, BESAR & TEGAP (SOLD OUT)





















Panjang keseluruhan 23 inci dan panjang bilah 18 inci. Hulu & sampir berukir bunga dilehernya. Ganjar berkedut dan lok 9. Keunikan besar dan tegap. Keris malela antik yang seumpamanya ini mencecah RM 10k ke atas jika ditemui.

KERIS PANJANG 'BARU' MAR KAPIT PASAK 3 (SOLD OUT)
















Panjang keseluruhan 27 inci dan panjang bilah 23 inci. Hulu, sampir & batang serunai berukir penuh. Besi hitam tempaan baru. Keunikan bilah 'Mar Kapit Ada 3 Pasak'. Spesis ini jarang2 ditemui kalau ada yang antik dan tiada cacat celanya mau cecah RM 10k ke atas.

PROMOSI KERIS 'BARU' KUALITI TINGGI

Atas permintaan rakan2 yang mungkin sukar untuk mendapatkannya atau tidak mampu memiliki keris 'antik' saya iklankan jua produk baru yang agak berkualiti untuk memenuhi kepelbagaian citarasa rakan2 di seantero alam Melayu ini.

Monday, December 15, 2008

KERIS TOK CU 'ANTIK' UNIK 3 TUKANG EMPU ( RM 2200)















Panjang keseluruhan 17 inci dan panjang bilah 13 inci. Mata bilahnya agak lebar serta beralur / berkorok dari pangkal hingga ke hujung. Besi hitam tua. Keunikan tok cu ini ia seolah-olah dibuat oleh 3 tukang empu iaitu bunga kerawang anak alang, belalai gajah model bugis dan bentuk bilahnya pandai sarah namun telah disahkan oleh yang arif bahawa ia adalah keris tok cu. Spesis ini jarang2 ditemui kerana keunikan buatannya.

Sunday, December 14, 2008

KERIS BARU 'KUDI' (RM 40 - RM 75)



Panjang Bilah 4 - 12 Inci. Keris 'Kudi' untuk cenderamata, belajar silat/ keris gelanggang, isian hikmat dan sebagainya. Tempahan dengan kuantiti yang banyak akan mendapat harga yang rendah.

Friday, November 21, 2008

ANAK SUNDANG MALELA ANTIK : KOLEKSI PERIBADI
















Panjang Keseluruhan 21 Inci, Panjang Bilah 15 Inci. Batang Serunai Sena Bercorak. Hulu Kemuning. Sarung Dan Hulu Dibalut Perak. Mata Melela Hitam Asli. Korok Jelas Dan Dalam. Mata Yang Sempurna. Info : Sekadar Untuk Tatapan Rakan2. Anak Sundang Ini Telah Menjadi Johan 'Katogeri Tanpa Pamor' Dalam Pertandingan Keris Di Kuala Lumpur, Pada 26 Oktober 2008.