Sunday, February 22, 2009

KERIS MALELA ANTIK TEGAP LOK 9 BESI BULU RUSA (RM 5000)

Panjang keseluruhan 19.5 inci, panjang bilah 17.5 inci. Agak tegap atau besar saiz keris ini. Hulu dan sampir kemuning, batang serunai sena. Ganjar berkedut dan kerawang masih sempurna. Keunikan besi bilahnya secara keseluruhan dari besi bari bulu rusa, sejenis besi terpilih dan jarang-jarang ditemui wujud pada keris malela. Belum dicuci sempurna.














MINYAK KERIS MISIK & ZAFARON (RM 60)




Minyak keris misik dan zafaron amat sesuai di sapu kepada bilah keris antik. Di samping baunya yang harum serta sesuai dengan besi antik ia juga anti pengaratan yang baik. Semakin lama bilah yang di sapu dengan dua jenis minyak ini akan sebati dengan bau besi. Peminat 'isi dalam' juga mempercayai bahawa dua minyak ini mampu menyegarkan 'isinya'. Wallahuaklam.

KERIS PANJANG ANTIK BESI RETAK SERIBU (SOLD OUT)

Panjang keseluruhan 27 inci dan panjang bilah 21 inci. Hulu bahar, sampir kemuning dan batang serunai sena. Pendokok antik. Bunga kerawang yang masih cantik dan sempurna. Bilahnya pecah retak sebelah dari pangkal hingga ke hujung.









TERAS KENANGA & CEMPAKA






Teras Cempaka dan Kenanga menurut Ustaz Abdullah Qari amat berguna untuk merawat 1001 macam penyakit.

Saya juga memiliki pelbagai teras kayu yang sering menjadi 'buruan' peminat teras-teras kayu. Produk teras ini ditawarkan dalam bentuk cincin, tongkat atau kayu yang masih belum diproses. Antara teras yang ada dalam simpanan ialah teras :
1. Teras Gemunggai / Kelor
2. Teras Kemuning Hitam
3. Teras Kemuning Emas
4. Teras Kemuning Limau
5. Teras Kemuning Kabong
6. Teras Raja Kayu
7. Teras Asam Jawa
8. Teras Asam Gelugor
9. Teras Kayu Mali
10. Teras Laka
11. Teras Kait
12. Teras Api-Api
13. Teras Chendana
14. Teras Kayu Berlian
15. Teras Penawar Hitam
16. Teras Keluat
17. Akar Bahar Hitam
18. Ibor Tunggal
19. Sulur Bertam
20. Buah Koka
21. Teras Cempaka
22. Teras Kenanga

PEDANG ANTIK SANGGA TEMBAGA BERUKIR (RM 2500)
















Panjang keseluruhan 45 inci dan panjang bilah 37 inci. Sarung dan hulu kayu buwei. Sangga berukir bunga-buangaan dan dibalut perak pada bilah pangkalnya. Besi hitam berlurah dan bertulang. Saiz yang agak panjang menambah keunikannya. Belum dicuci sempurna.

KERIS BUGIS ANTIK TAPAK GAJAH LOK 7 (RM 5000)

Panjang keseluruhan 17.5 inci. Panjang bilah 14.5 inci. Hulu dan sampir kemuning, Batang serunai sena. Pendokok tanduk. Keistimewaan keris yang tegap, pamor yang jelas dan mempunyai 'tapak gajah' dikedua-dua bilahnya.









PELBAGAI BADIK 'PAKAIAN' : 2 - 5 INCI (RM150 - RM300)





























Pelbagai bentuk badik 'Pakaian' panjang antara 2-5 inci. Ia adalah besi lama yang ditempa semula. Badik Sepat, Badik Lidah Ayam, Badik Berpamor, Badik Besi Miang dan sebagainya.

Tuesday, February 17, 2009

PEDANG BELANDA ANTIK BERLURAH KEMBAR (RM 2500)






Panjang keseluruhan 34 inci. Panjang bilah 27 inci. Bilahnya besi licin berkilat mempunyai lurah berkembar. Sarung dan hulu berukir.

LEMBING ANTIK BESI HITAM RETAK KALIMAH DITENGAH (RM 400)


Lembing antik bertulang dan retak kalimah ditengah. Besi hitam licin. Panjang keseluruhan 15.5 inci.

TOMBAK PETANI-KELANTAN BESI BERKERUTU & BERPAMOR (RM 600)





Panjang keseluruhan 12.5 inci. Bilah agak tebar, lebar dan berpamor berurat & berkerutu kasar. Ada ketandaan seumpama 'tapak gajah' dipangkal.

LEMBING ANTIK BESI HITAM PECAH DITENGAH (SOLD OUT)


Lembing besi hitam pecah ditengah. Besinya berurat bari bulu rusa. Terdapat besi selit ditengah-tengahnya. Panjang keseluruhan 17.5 inci.

KERIS BUGIS ANTIK LOK 9 BESI HITAM (SOLD OUT)





Panjang keseluruhan 18.5 inci. Panjang bilah 14.5 inci. Hulu kemuning, sampir kemuning dan batang serunai sena. Besi hitam dan bilah yang amat sempurna. Terdapat besi selit pada ganjarnya. Belum dicuci sepenuhnya. Keris ini dikatakan mempunyai perkaitan dengan tokoh sejarah.