Saturday, March 14, 2009

KERIS BUGIS LOK 9, PAMOR MIANG BERLIAN PENUH (SOLD OUT)






Panjang keseluruhan 19.5 inci , panjang bilah 15 inci. Hulu bohor, sampir kemuning dan batang serunai sena. Pendokok perak berukir. Keris yang agak tegap / besar. mempunyai pamor berlian penuh dari pangkal hingga ke hujung. Spesis yang jarang-jarang juga ditemui.

5 BERADIK BADIK PAKAIAN TERPILIH TUKANG ISTANA KELANTAN DITEMPA PADA 1 MUHARAM (RM 350)



Panjang keseluruhan antara 4-4.5 inci dan panjang bilah antara 2-3 inci. 5 beradik 'Badik Pakaian' yang ditempa pada 1 Muharam oleh tukang istana Kelantan. Buatan badik ini amat cantik. Ia dibuat dengan penuh petua dan di'isi' dengan pelbagai ayat yang sesuai sebagai pakaian peribadi. Hulu dan sarung dari kemuning terpilih.

OFFER MAC : BADIK PAKAIAN (RM 200)

Pelbagai bentuk badik 'Pakaian' panjang antara 2-5 inci. Ia adalah besi lama yang ditempa semula. Badik Sepat, Badik Lidah Ayam, Badik Berpamor, Badik Besi Miang dan sebagainya.

PROMOSI AIDIL FITRI (DISKAUN 20%) : BADIK PUPUK PECAH TENGAH + TAPAK GAJAH & GUNUNGAN (RM 700)


Panjang keseluruhan 9 inci, panjang bilah 5 inci. Badik pupuk pecah cobang ditengah. Terdapat ketandaan gunungan, kandungan ibu dan tapak gajah dipangkal. Terdapat 4 gaat di atas bilah yang agak tegap dan sempurna.

CINCIN IBOR TUNGGAL (RM 50)


CINCIN TERAS RAJA KAYU (RM 50)



CINCIN TERAS KELUAT (RM 50)


CINCIN TERAS GELUGOR (RM 50)

CINCIN TERAS CINTAMANI LAUT / BAHAR (RM 50)



CINCIN TERAS KEMUNING HITAM (RM 50)

CINCIN TERAS GEMUNGGAI / KELOR (RM 70)


Tuesday, March 10, 2009

KERIS MALELA ANTIK LOK 11 (SOLD OUT)

Panjang keseluruhan 17 inci, panjang bilah 14.5. Hulu dan sampir kemuning, batang serunai sena. Pendokok perak berukir tembus. Bilah malela yang masih utuh. Ganjar berkedut dan lok 11 iaitu antara spesis keris malela yang jarang-jarang ditemui. Lok dan kerawang yang amat cantik dan unik.



SUNDANG ANTIK BESI HITAM BERHULU TANDUK & PERAK BERUKIR (RM 3500)

Panjang keseluruhan 24 inci, panjang bilah 19.5 inci. Hulu tanduk dibalut perak putih berukir. Batang serunai sena. Bilah terdiri dari besi hitam dan terdapat lurah dipangkalnya.



KERIS BUGIS ANTIK LOK 7 BERPAMOR BULU AYAM & TAPAK GAJAH DIPANGKAL (SOLD OUT)

panjang keseluruhan 18 inci, panjang bilah 14.5 inci. Hulu dan sampir kemuning berpelok kualiti tinggi, batang serunai sena. Pendokok tembaga. Berpamor bulu ayam dan mempunyai ketandaan 'tapak gajah' di kedua-dua belah pangkalnya.




LEMBING ANTIK RETAK SERIBU BERHULU GADING (SOLD OUT)

Panjang keseluruhan 16 inci, panjang bilah 10 inci. Hulu gading pendokok perak. Keunikan pecah retak seribu iaitu spesis lembing yang jarang-jarang ditemui.


KERIS PANJANG ANTIK ANAK SUNGAI (RM 2900)

Panjang keseluruhan 27 inci, panjang bilah 21 inci. Hulu akar bohor dan pendokok tembaga hitam berukir. Sampir kemuning berpelok dan batang serunai sena. Mempunyai ketandaan anak sungai di kedua2 belahnya. Bilah masih sempurna dan besi hitam.