Tuesday, August 31, 2010

LEMPENG ANTIK PICIT UNIK SPESIS 'RARE' (RM 4500)




Panjang keseluruhan 9 inci, panjang bilah 5.5 inci. Hulu dan sarung gading penuh. Hulu dan sarung dibalut perak berukir. Bilah mempunyai pelbagai berketandaan. Mempunyai 2 akok atau belalai gajah di kiri dan kanannya. Berputing cucuk / berlubang. Terdapat beberapa miang serbuk emas / emas putih pada bilahnya. Terdapat 7 picitan disebelah bilahnya.

SUNDANG ANTIK BERPAMOR GRED A (RM 4500) SPESIS 'RARE'








Panjang keseluruhan 27 inci dan panjang bilah 19.5 inci. Hulu dibalut perak putih tua. Bilah mempunyai pamor yang jelas. Bilah yang amat tegap dan sempurna. Kerawang yang unik. Besi hitam tua umpama besi keris malela.

KERIS SENGAT PARI ANTIK BERPAMOR PERUT ULAR (RM 1800) SPESIS 'RARE'






Keris sengat pari spesis yang jarang-jarang ditemui. Mempunyai hulu kemuning berpelok ukiran burung serindit. Bilahnya besi hitam berurat dan berpamor perut ular. Terdapat ketandaan 'gaat' (sekatan / perlindungan) dipangkalnya disamping ketandaan-ketandaan lain. Panjang bilah 23 inci dan panjang keseluruhan 29 inci.

SUNDANG ANTIK TERENGGANU BERMIANG DIPANGKAL (RM 3900)




Sundang ini adalah sundang tua Terengganu. Ia mempunyai miang penuh dipangkal dan besi hitam 3/4 bilahnya. Dikatakan ada kaitan dengan Perang Hulu Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong menentang penjajah Inggeris. Panjang keseluruhan 24 inci dan panjang bilahnya 18.5 inci. Agak ringan bilahnya. Hulunya dibalut parak berukir.

BUGIS ANTIK BERPAMOR PERAK PENUH LOK 7 (RM 2500)


Bugis lok 7 ini mempunyai besi hitam semulajadi tanpa warangan. Keunikannya terletak juga kepada susunan besi pamornya yang disertai oleh pamor perak hampir keseluruhan bilahnya. Hulu dan sampir kemuning. Batang serunai sena. Panjang keseluruhan 19 inci dan panjang bilah 13.5 inci.

MALELA LOK 9 (RM 1900)





Malela ini dianggap unik kerana buatannya halus, besi lama dan amat ringan. Bilahnya amat tegap. Panjang keseluruhan 19 inci dan panjang bilah 15 inci. Hulu dan sampir kayu kemuning berpelok.

SEPOKAL BEKA HULUBALANG ANTIK 2 JENIS BESI (RM 1700) SPESIS 'RARE'



Keris sepokal beka ini dianggarkan berusia 300 tahun lebih. Pemilik asalnya seorang hulubalang. Keunikkannya besi berurat di sebalah dan besi licin disebelah yang lain. Mempunyai bilah berkaki lima yang tersusun dan lekuk ditengah bilahnya. Panjang keseluruhan 15 inci dan panjang bilah 13 inci.