Wednesday, September 1, 2010

TEMIM TEMBAGA PUTIH GRED A (RM 120)







Temim tembaga pada zaman dahulu menjadi 'pelengkap' utama kepada bilah tombak / lembing berbanding temim perak. Keunikan temim tembaga terletak kepada kekukuhan, ketegapan dan ketebalannya biarpun jarang2 dapat diukir seperti temim perak yang agak ringan / nipis buatannya. Kehebatan temim tembaga putih ialah ia boleh dikilatkan seumpama baru biarpun usianya mencecah ratusan tahun. Tembaga putih adalah tembaga Gred A berbanding tembaga kuning atau merah dan jauh lebih kukuh serta menarik buatannya biarpun telah ditelan zaman atau dimakan usia. Temim tembaga putih ini dibuat oleh Pak Salleh yang pernah mengondol gelaran ADI GURU Tembaga Negara anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kementerian yang berkaitan beberapa tahun lalu. Tembaga merah / kuning boleh didapati dengan harga serendah RM 60 sahaja.

'RAJA PENAWAR' FOSIL 3 ULAR TEDUNG PURBA (RM 250)


Batu ini diperolehi oleh seorang sahabat di Gunung Jerai. Apabila 'discan' oleh mereka yang memiliki ilmu kebatinan yang tinggi ternyata ia adalah penawar besar yang dikatakan berasal dari 3 ekor ular tedung yang telah menjadi batu. Wallahuaklam.

Harus diingat bahawa batu ini adalah makhluk Allah yang telah ditentukan tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Jika sekiranya ia tidak melaksanakan fungsinya sebagaimana yang telah ditetapkan bermakna ia telah derhaka kepada Allah swt. Segala khasiat dan kelebihannya bergantung kepada keserasian, ketetapan dan ketentuan Allah jua...

GADING GAJAH MAMMOT / PURBA (RM 300)


Gading gajah purba ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang unik dan amat dicari oleh peminat khasiat alam dan makhluk Allah ini. Cara mengujinya amat mudah letak dihujung jari pasti ia akan melekat untuk menarik sesuatu penyakit atau makhluk halus yang ada dalam tubuh pemiliknya.

Harus diingat bahawa gading ini adalah makhluk Allah yang telah ditentukan tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Jika sekiranya ia tidak melaksanakan fungsinya sebagaimana yang telah ditetapkan bermakna ia telah derhaka kepada Allah swt. Segala khasiat dan kelebihannya bergantung kepada keserasian, ketetapan dan ketentuan Allah jua...

BESI CINDAI TOK WALI (RM 250)


Besi ini satu spesis dengan besi melelah namun keunikkannya terletak kepada 'cindai' iaitu corakkan pelbagai warna padanya. Biarpun dari spesis 'besi' namun tidak ditarik oleh magnet. amat sesuai sebagai pakaian peribadi dan memberi ketenangan (sejuk) kepada pemiliknya.

Harus diingat bahawa besi ini adalah makhluk Allah yang telah ditentukan tugas serta fungsinya di atas sifatnya sebagai makhluk sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Jika sekiranya ia tidak melaksanakan fungsinya sebagaimana yang telah ditetapkan bermakna ia telah derhaka kepada Allah swt. Segala khasiat dan kelebihannya bergantung kepada keserasian, ketetapan dan ketentuan Allah jua...

PEDANG MELAYU (RM 500)


Panjang keseluruhan 32 inci dan panjang bilah 24 inci. Besi hitam licin. Hulu dan sarung kayu macang hutan.