Monday, January 9, 2012

MALELA TULANG BULAT BERKUMA GRED AAA (RM 12K)








Malela tulang bulat berkuma (garisan ditepi tulang bulat) lok 5 gred AAA. Ia adalah Malela spesis 'Rare' yang jarang-jarang ditemui pada hari ini. Bilah dari besi hitam halus berkilat berkualiti tinggi. Ganjar berkedut dan agak lebar bilahnya dari pangkal hingga ke hujung. Uniknya tulang bulat atau kadang-kadang dikenali sebagai tulang belut berkumanya adalah bermula dari pangkal hingga ke hujung bilahnya. Berhulu gigi tua. Sampir kemuning tua bergewang & berpelok. Batang serunai tua berbelang harimau penuh mengambarkan kualitinya. Sarungnya dibalut perak. Pendokok perak, jenis bunga teratai antik. Panjang keseluruhan 19.5 inci dan panjang bilah 16 inci. Ia adalah keris simpanan saya sejak beberapa tahun dahulu yang diperolehi dari seorang tua yang dikatakan mempunyai nilai sejarah yang ada kaitan dengan istana Terengganu.

1 comment:

Anonymous said...

Hello ,

Could you contact me on my personal email address
to discuss possibility to buy this keris : curlines@bigpond.net.au

Many thanks

Henri Courant