Wednesday, December 17, 2008

KERIS MALELA ANTIK LOK 5, TEGAP & UNIK (GABUNGAN MALELA BIASA & TULANG BULAT)
















Panjang keseluruhan 19.5, panjang bilah 15.5. Hulu dan sampir kemuning tua kualiti tinggi. Batang serunai sena berpelok/ lorek. Ia dianggap spesis keris malela yang amat jarang ditemui iaitu gabungan tulang bulat dengan malela biasa. Malah tulangnya bermula dipangkal diikuti garisan halus ditepi tulangnya atau dikenali sebagai 'kuma'. Saiznya yang agak besar, tegap dari pangkal hingga ke hujung. Kebiasaan keris malela ganjar berkedut agak cepat tirus ke hujung namun perhatikan keunikan keris ini yang tetap melebar dihujung. Besi hitam kualiti tinggi. Ada sedikit kerosakan pada bilah pangkalnya. Biarpun ada sedikit kerosakan dimakan usia ia pernah ditawarkan dengan harga tinggi oleh seorang rakan.

No comments: