Tuesday, July 29, 2008

UNTUK DIJUAL : MALELA ANTIK LOK 11 GANJAR BERKEDUT (RM 6000)





Panjang keseluruhan 17 Inci. Panjang Bilah 14 Inci. Hulu & Sampir Kemuning Tua. Batang Serunai Sena. Keistimewaan : Ganjar Berkedut & Lok 11 (Jarang2 Malela). Pangkal Mempunyai Kerewang Yang Amat Unik / Cantik.

7 comments:

Anonymous said...

Assalammu'alaikum Cikgu.....

Memang molek keris ini dan saya berkenan sungguh. Tetapi di manakah letaknya RM6000 pada keris ini? Maksud saya di manakah perletakkan nilainya keris ini sehingga ianya ingin di maharkan sampai RM6000? Mengapa tidak RM3000 atau RM10000? Di manakah perletakannya bagi keris ini khususnya? Adakah pada mata bilahnya, bahan hulun/sarungnya, bahan pendongkoknya, usianya atau kesulitan untuk mendapatkan keris seperti ini dalam kondisi yang baik? Adakah keris ini asli original semuanya atau ada bahagian yang mendatang. Dan di mana? Sekiranya saya membeli pada harga RM6000 dan ingin pula menjualnya pada masa- masa yang akan datang? Haruskah saya menjualnya dengan harga RM6000 atau bolah saya letakkan harga RM8000 mungkin? Tetapi siapa pula yang akan membelinya? Di manakah letaknya "limit" pada harga yang boleh kita raikan untuk keris ini khususnya? Kawan sepejabat dengan saya mengatakan pula untuk RM6000 yang ingin saya belanjakan it is "overpriced" katanya. Jadi bagaimana ya? Mungkin Cikgu dapat menasihati saya untuk membuat keputusan? Atau mungkin harganya untuk keris ini boleh di rendahkan Cikgu? RM3000 mungkin? Apakah harga sedemikian di anggap memadai atau jauh kurang dari harga pasaran sekarang ini?

Sekiranya keris buatan baru yang dapurnya telah di tempah serupa dengan mata bilah ini. Maka berapakah nilai mas kahwin yang boleh di letakkan untuk keris baru tersebut. Katakanlah seni dan besi yang terdapat pada mata bilah baru tersebut adalah lebih padat dan kehalusannya sedikit lebih baik dari yang lama ini? Ataukah harga terletak pada ke inginan pemilik. Sememangnya itu adalah hak mutlak pemilik. Tetapi saya muskil dan ingin tahu bagaimana kita letakkan harga pada sesebilah mata keris? Pada sejarah atau pada kehebatan spiritualnya mungkin? Sila harap dapat jelaskan saya yang cetek ini. Maaf saya banyak bertanya Cikgu. Terima kasih.

Cikgu Mie said...

Askm terima kasih di atas komen panjang lebar saudara.

Keris Malela Antik di pasaran Terengganu pada hari ini amat tinggi maharnya. Sekiranya saudara ingin memiliki sebilah keris Malela Gred A dibawah nilai RM 5000 pada hari ini rasa-rasanya agak payah untuk ditemui.

Memang ada keris malela antik yang harganya serendah RM 1000 namun 'condition' pasti tidak memuaskan hati pemiliknya.

Keunikan keris malela tersebut serta jarang-jarang ditemui ialah pada loknya iaitu lok 11 dan ganjarnya berkedut. Ia adalah keris malela asli yang jelas tanda ketuaannya. Pakaiannya juga adalah asli dan tinggi nilainya. Jua memiliki nilai sejarah yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Keris malela baru yang seirasnya maharnya tidak sampai RM 1800 sahaja kalau saudara inginkan boleh ditempah di Kelantan. Malah kiranya saudara memiliki keris malela lok 11 antik dan ganjar berkedut dalam lingkungan nilai RM 3000 saya pun sanggup menempah beberapa bilah untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Memang empunya keris tersebut yang meletakkan mahar sebegitu rupa kepada keris yang sememang menjadi miliknya itu. Saudara boleh rujuk kepada koleksi Gred A. cikgumie.multiply.com. Keris malela lok 3 telah diminta untuk dimaharkan setinggi RM 10,000 tetapi telah ditolak oleh empunyanya. Begitu juga keris malela lok 5 (RM 12,000) dan anak sundang malela (RM 15,000) namun pemiliknya menolaknya. Adakah penolakan ini mengambarkan ketidak mahiran / ketidak cerdikan pemiliknya ? Jika jawapannya ya. Kenapa masih ada yang ingin menawarkan dengan harga yang sebegitu rupa.

Ada sebilah keris malela lok 3 antik wifik di Terengganu kini ditawarkan dengan mahar RM 30,000 namun pemiliknya masih belum bersedia untuk melepaskannya dengan mahar yang tersebut itu.

Dalam menghayati keunikan senjata kesenian purba nilaian wang ringgit bukanlah ukurannya namun kepuasan pemiliknya memilikinya itulah yang menjadi sandaranya. Sekian.

Anonymous said...

Assalammu'alaikum Cikgu....

< Dalam menghayati keunikan senjata kesenian purba nilaian wang ringgit bukanlah ukurannya namun kepuasan pemiliknya memilikinya itulah yang menjadi sandaranya. Sekian. >

Alhamdulillah saya sudah faham sekarang terhadap keadaan dunia perkerisan terutamanya di Trengganu dan di Kelantan. Penerangan Cikgu jelas dan membuka minda. Shall I say that harga terhadap sesebilah keris adalah "subjective" dan tidak tertakluk kepada pasaran mana-mana pun. Harga dan pasaran adalah rekaan manusia sebagai perantaraan. Sememangnya sekira ada peminat yang sudi membeli dengan harga tersebut atas dasar "kepuasan"? Malah harga bukanlah menjadi satu masaalah. Saya walaubagaimanpun merasakan keris yang baru di tempa serupa persis dengan keris ini misalnya juga boleh mencecah harga yang yang tinggi mungkin juga melebihi RM6000 (contohnya) sekiranya ada pembeli yang berminat dan berpuashati dengan kehalusan dan keindahan kerja tangan seninya. Seperti ukiran hulu buatan Arwah Nik Rashidin dan Arwah May.

Sejauhmanakah "kepuasan" yang dirasai pembeli/pemilik juga tak terhingga nilainya? Bukankah bergitu? Kita boleh ibaratkan keris seperti sebuah lukisan yang indah. Pembelinya adalah bagi mereka yang mengerti dan boleh menghayati seni. Mereka juga akan merasa kepuasan. Keris bukan seperti "wine" yang harganya meningkat dengan usia? Daripada itu saya rasa usia pada sesebilah keris bukanlah issiue pertama dan utama. Malah yang menjadi keutamaan adalah kemampuan dan kepuasan hati pembeli? But where is the limit? Or there isn't any limit pada harga sesebuah keris? Keris bukan mata wang? Keris adalah kerja tangan tikang yang cukup berilmu, disiplin dan sangat berbakat. Sekiranya yang baru harganya sekitar RM1800 dan indahnya serupa atau melebihi yang tua ini. Saya rasa menempa yang baharu sahaja sudah mencukupi dan menjimatkan? Adakah keris yang mahal adalah untuk mereka yang berkemampuan besar sahaja? Bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan kecil terpaksa gigit jari.

Terima kasih Cikgu this is a very interesting discussion.

Cikgu Mie said...

Menarik sungguh komentar saudara... semoga perbincangan kita ini dapat menambah koleksi pengetahuan khazanah seni warisan bangsa...

Harus diingat jua... keris buatan baru mana mampu menandinggi kehebatan pembuatan dan kesenian purba...

Pandai keris silam membuat sesebilah keris dengan matlamat yang tertentu sebagaimana kod buatannya yang diterjemahkan melalui bacaan pamornya untuk menjadi panduan kepada generasi baru. Pembuatannya disertai dengan doa serta mentera yang terpilih sebagai pelengkap kepada isi dan matlamat pembuatan sesebilah keris.

Bahan buatannya dipilih dari pelbagai tempat umpamanya besi diambil dari 7 buah bukit yang terletak di 7 buah negeri. Apa yang pasti ketahanannya adalah luar biasa berbanding dengan besi baru.

Ia jua ditempa pada masa, hari serta petua tertentu sesuai dengan amanat perguruan si pandai besi... engkadang itu sebilah keris memakan masa setahun untuk disiapkan.

Setelah disiapkan ianya akan diuji adakah menepati maksud dan tujuan pembuatannya... Malah jika gagal mencapai matlamat pembuatannya kadang kala ianya akan terus dimusnahkan atau ditempa semula.

Segala-galanya adalah jauh dari nilai komersial sebagaimana pembuatan keris baru pada hari ini. Nilai keris antik begitu tinggi kerana ia adalah khazanah lama yang tiada dua tiada tiga bilangannya.

Anonymous said...

Assalammu'alaikum Cikgu....

Selamat menyambut Bulan Mulia Ramadhan dan Selamat menjalani Ibadah Puasa. Semoga kita sama-sama berjaya mendidik dan mengasuh jasad dan rohani kita agar lebih baik dari bulan-bulan yang sudah amin.

Terima kasih di atas penjelasan dan perkongsian Cikgu. Inilah yang saya harapkan dari blog Cikgu. Selain dari mempamirkan jualan barangan purba. Cikgu juga dapat mendidik dan mengasuh anak-anak masyarakat bangsa agar lebih peka dan cerdik di dalam bidang yang mereka bakal insya'allah minati ini.

Harga selalunya menjadi punca penghalang bagi penghambatan kebanyakkan mereka yang berminat dan kadang kala harga juga dapat mematahkan semanggat peminat yang berpotensi. Saya rasa ini adalah lumrah bagi jurusan hobi mana-mana pun. Walaubagaimanapun di dalam kita meminati jurusan ini kenyataannya adalah, "The most deserving will succeed. Kerises are for everybody but not all kerises are for anybody".

Ada lagi satu faktar yang ingin saya bertanyakan disini. Di dalam pertandingan pengadilan keris yang di adakan tahunan di sini. Adakah usia sesebilah keris menjadi faktar pemarkahan oleh para pengadilan ahli juri? Berapah markah yang telah di agihkan untuk categori tersebut dalam pemarkahan 100% dan mengapa?

Oh ya...... Ada kala apabila seseorang kolektor meletakkan mas kahwin yang tinggi pada sesebilah keris di dalam koleksinya. Adalah juga besar kemungkinan si pemilik secara halus dan tersendirinya tidak ingin menjualkan kerinya tersebut pada yang melamar. Maka mas kahwin yang tinggi adakalanya sengaja di letakkan sebagai suatu penolakkan. Seperti di dalam kisah filim Putri Gunung Ledang the Legend yang di mainkan oleh M. Nasir. Adakala juga sesebuah permintaan di sengajakan oleh pemilik atas dasar kebuntukan wang. Pokoknya bagi yang berminat dan berkemampuan sahaja yang dapat memilikinya. Sememangnya hujah Cikgu itu adalah benar di mana barangan lama punya kelebihan dari segi its "authenticity" and "spiritual" involvement by ancient mastercraft and mastersmith. But in what way can an old keris "out do" a newly made keris by today's profound master keris makers? May them be from Malaysia or Indonesia? Since physically that are alike but how can the old and new kerises out do each other in its spiritual ways? I am talking about the mastercraft and master keris makers? And not keris "kodian" (that I can understand).

Ada juga pandangan di mana sekiranya pedang samurai Jepun yang antik boleh mencecah hingga jutaan dollar U.S.? Mengapa tidak Keris? Are kerises under appreciated? Or are we the malay people made them cheap? So the question is..... Where is the limit and where do our "pusaka (keris)" stand in decades to come? What will happen to Bangsa Melayu in their heritage where kerises (in this case) are concern? How can we help our Bangsa Melayu to preserve their dying heritage, knowledge, values and at the same time made known to the world that KERIS do has its stand di dalam persada persenjataan purba dunia.

Tanpa yang lama tidak akan ada yang baru. Dan tanpa yang baru mana mungkin yang lama boleh bertahan? Bagaimana dengan perjuangan kita di persada dunia perkerisan hari ini dan di hari muka? Apa yang kita lakukan sekarang sudah pastinya menjejas minat dan minda generasi dan pelapis muda kita yang akan datang. Apa yang boleh kita lakukan agar sejarah boleh berubah wajah dan lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang sudah?

Saya dapat melihat blog Cikgu adalah antara blog dan website yang berpotensi besar untuk mengubah sejarah itu..... Sejarah Dunia Perkerisan MELAYU. Cikgu dapat melakukan yang lebih dan terbaik sekiranya Cikgu dapat lebih menjelajahi bidang ini. Harapan saya agar jangan di jadikan usaha Cikgu sebagai seorang pedagang keris biasa. Malah dengan kebolehan dan minat Cikgu yang ikhlas dapat mencorak dan melentoh minda-minda orang Melayu nya kita.

Seperti kata seorang Cikgu kenalan saya. Sambil kita berniaga dengan harapan kita dapat beribadah dan memberi ilmu yang berguna buat masyarakat anak bangsa kita dan insya'allah seterusnya kepada masyarakat sedunia. Amin.....

Terima kasih Cikgu kerana sudi melayan saya. Harapan saya agar kita dapat bertukar pendapat dan pandangan. Pastinya ada ilmu dan kebaikan yang boleh pembaca congkel dari perbualan kita untuk penambahan ilmu dan kesedaran pada minda mereka dan juga kita. Maafkan saya sekiranya perbicaraan saya mengambil waktu kesebukkan Cikgu. Semoga Allah swt lebih mencerdikkan kita. Amin....

~ Wassalam ~

Anonymous said...

Assalam & salam sejahtera... saya ingin menjual sebilah keris bali dan mempunyai ukiran seni yang cukup tinggi. Anggaran usia 100 tahun dan mungkin lebih. Harga Rm36 000. Jika minat hubungi saya Daeng 012 9762663. Area Kuala Lumpur.

Unknown said...

Saya ada sebilah keris picit untuk dilepaskan. Berusia 500tahun