Saturday, August 22, 2009

PERTANDINGAN KERIS TERBUKA TERENGGANU 2009 SUATU REKOD BARU PENYERTAAN
















Pertandingan Keris Terbuka Terengganu buat julung-julung kali diadakan pada 1 Ogos 2009 bertempat di Perkarangan Muzium Terengganu telah mencatatkan satu rekod baru penyertaan.

Biarpun ia merupakan pertandingan yang julung kali diadakan di Terengganu namun penyertaan dari seluruh peminat amat menggalakkan. Sebanyak 325 bilah keris telah menyertai pertandingan tersebut dengan anggaran pengunjung mencecah 1000 orang.

Katogeri keris yang mendapat sambutan hangat penyertaan ialah katogeri keris bugis sepokal dan lok di samping keris antik katogeri bebas. Pihak penganjur agak terkejut dengan sambutan penyertaan yang amat mengalakkan ini sehingga memaksa penganjur melewatkan masa tutup penyertaan dari jam 12 tengahari sehingga ke jam 1 petang. Dengan sambutan ia telah membuka suatu lembaran baru terhadap pertandingan seperti ini sekaligus menjadi 'sumber azimat' yang amat penting kepada Persatuan Seni Purba Terengganu untuk terus menganjurkannya lagi pada masa yang akan datang. Pelbagai kelemahan dan 'post mortem' pertandingan telah dibuat dan insyAllah akan diperbaiki oleh pihak penganjur pada masa hadapan.

Aktiviti seterusnya anjuran Persatuan Seni Purba Terengganu ialah Pemeran & Jualan Keris Antik Terbuka Terengganu yang dijadualkan akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan InsyAllah....

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu boleh tak letak gambar keris yang menang, saya nak sangat tengok keindahanya. Harap tak keberatan.

dokpikiaq said...

amenn...semoga terus berkmbang hingga akhir dunia..warisan yg semakin di lupakan...hehe