Wednesday, September 24, 2008

DISKUSI MINDA 2 : CARA & BAHAN MENCUCI KERIS

Ada pelbagai cara atau kaedah untuk mencuci keris menurut pengalaman saya secara peribadi. Segala bahan basuhan keris dibawah pernah digunakan oleh saya dan mengujinya secara berulang kali. Antara bahan tersebut ialah dengan menggunakan :
1. Air kelapa
2. Air beras
3. Ait tebu
4. Cuka makan
5. Perahan limau
6. Campuran bahan di atas dengan nenas

Dari pengalaman saya, saya lebih gemar menggunakan cuka makan dan perahan limau nipis.

Pertama Untuk karat tebal : Cuka makan paling mudah menggunakannya. Cari satu takungan/ bekas yang saiznya cukup untuk merendam senjata yang hendak dicuci. Terus curahkan cuka makan tersebut sehingga tengelam senjata yang hendak dicuci. Biarkan ia semalaman atau 2 malam. Angkat senjata yang direndam tersebut serta gosok karatnya dengan menggunakan berus gigi sambil alirkan air dari masa ke semasa. Kalau karat tu nampak degil tambah lagi cuka insya Allah cuka makan tidak akan merosakkan besi.

Kedua untuk karat yang nipis : Cukup dengan membelah limau nipis buangkan 3/4 kulitnya. Kemudian gosok limau tersebut biarkan selama beberapa minit dan gosok lagi untuk turunkan karatnya.

Ketiga : Guna air perahan limau lipis dengan kadar yang banyak dan rendam pada senjata yg ingin dicuci. Ada juga cara cucian iaitu membalutkan senjata yang hendak dicuci dengan tisu dan perah perahan limau di atas tisu tersebut serta gulungkannya dengan plastik. Insya Allah karat akan tanggal berkeping-kepingan.

Setelah berpuas hati dengan cucian tersebut sila basuh senjata yang telah dicuci dengan menggunakan sabun untuk menanggalkan bahan cucian tersebut serta bilas dengan air dengan sebersih-bersihnya.

Kemudiannya jemur senjata tersebut di tengah panas atau keringkan dengan menggunakan 'hair dryer'. Setelah agak kering lihat kembali adakan masih ada kesan kekuningan karat. Jika masih ada, cuci dengan perahan limau semula. Jika anda telah berpuas dengan cucian tersebut sila keringkan dan lumurkan minyak serta 'bauan' yang dikehendaki. Kemudian keringkan semula atau terus dimasukkan ke sarung. Antara minyak yang baik digunakan ialah Minyak Senjata atau Minyak Mesin (Singer).

Saya kurang menggunakan air kelapa atau air tebu kerana :
1. Agak slow untuk menanggalkan karat yang degil
2. Air kelapa atau air tebu semakin lama semakin kuat power asidnya berbanding cuka makan yang asidnya makin lama akan menjadi semakin 'tawar'.

Ada beberapa petua dan bacaan orang dulu2 dalam mencuci keris bab ni akan didedahkan kemudian Insya Allah.

Jika ada dikalangan rakan ingin berkongsi pengalaman dalam 'cucian' senjata ini sila nyatakan dalam ruang komentar.

Info Tambahan :
1. Apakah Menggunakan 'Hair Dryer' Sebagai Alternatif Kepada penggunaan Kemenyan Sebagaimana Tradisi Orang Dulu2 ? Penggunaan kemeyan untuk mewangikan keris dan sebagai 'penebat' pengaratan kepada bilah keris sebagaimana cara tradisi. Namun cara yang saya kemukakan adalah merupakan 'cara pencucian ekspress' dengan menggunakan Hair Dryer sebagai alat untuk mengeringkan bilah keris yang dicuci bukan sebagai alternatif kepada fungsi kemeyan.

6 comments:

Chik Din, KL said...

assalamu'alaikum

ketepikan hal mistik, betul ke hair dryer menggantikan perasap dengan kemeyan untuk mengeringkan keris selepas digosok dengan limau nipis? kalau perasap dengan kemeyan besi keris boleh mewangikan keris sekaligus

Cikgu Mie said...

Terima kasih atas pandangan saudara. Memang betul. Penggunaan kemeyan untuk mewangikan keris dan sebagai 'penebat' pengaratan kepada bilah keris sebagaimana cara tradisi. Namun cara yang saya kemukakan adalah merupakan 'cara pencucian ekspress' dengan menggunakan Hair Dryer sebagai alat untuk mengeringkan bilah keris yang dicuci bukan sebagai alternatif kepada fungsi kemeyang.

Chik Din said...

mungkin hair dryer lebih user friendly. dah kering dan masih panas2 tu terus sapu minyak cendana atau lain2. kalau kemeyan nanti jiran terbau heboh pula bertanya sapa yg sakit hehe. lagi pula asap kemeyan agak beracun untuk si penghidu

Cikgu Mie said...

Ya benar tu Chik Din. Moga Chik Din boleh terus beri tunjuk ajar dan menyumbangkan percambahan minda dalam blog saya ini.

abg_roy63 said...

aslkm,
tuan saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghilangkan bau masam selut/air laut yang terdapat pada bilah keris yang bertahun tahun lama tenggelam di dasar lautan dan cara manakah yang paling berkesan untuk menghilangkan karat yang agak tebal tanpa menjejaskan bentuk asalnya..

Lan TRG said...

assalamualaikum cikgu mie. maaf, saya lan dari terengganu. boleh saya dapatkan bacaan untuk mencuci keris seperti yang dikatakan oleh cikgu. ini email saya azlam_mohamad@yahoo.com
harap dapat membantu.
terima kasih