Friday, October 3, 2008

DISKUSI MINDA 3 : PEMARKAHAN KERIS

Saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan rakan2 sekalian tentang topik Pemarkahan Keris Dalam Pertandingan. Pemarkahan ini adalah merujuk kepada Pemarkahan Persatuan SeniPurba & Kraftangan Kelantan sebagaimana yang dibentangkan dalam Kursus Penilaian & Pemarkahan Keris Di Muzium Negeri Terengganu pada 27 Julai 2008.

Bahagian Pemarkahan Senjata Berpamor
1. Mata Keris (70%)
2. Sarung (10%) : Bahan, Bentuk, Hiasan
3. Hulu (10%) : Bahan, Bentuk, Hiasan
4. Pendokok (5%) : Bahan, Bentuk
5. Keserasian, Ketrampilan & Semakan Akhir (5%)

Bahagian Mata :
1. Bentuk (30%) : Mata, Aring + Kerewang, Belalai Gajah + Kerewang
2. Besi (30%) : Besi Baja, Lapisan Besi Pamor, Taburan Pamor, Miang & Sempuhan
3. Ketandaan (10%) : Jumlah Ketandaan, Bilangan Ketandaan, Kejelasan & Keindahan

Bahagian Pemarkahan Senjata Tidak Berpamor
Semua pemarkahan mata, sarung, hulu, pendokok dan lain-lainnya adalah sama kecuali bahagian mata dipecahkan seperti berikut :

Bahagian Mata :
1. Bentuk (30%) : Mata, Aring + Kerewang, Belalai Gajah + Kerewang
2. Besi (20%) : Licin, Beragam Besi, Miang & Sempuhan
3. Ketandaan (20%) : Jumlah Ketandaan, Bilangan Ketandaan, Kejelasan & Keindahan

Sering rakan2 bertanya macam mana dengan 'keris baru' yang pasti lebih 'hebat' fizikal serta kesempurnaannya kerana belum dimakan usia atau mungkin dibuat dengan bantuan teknologi terkini. Maka jawapannya keris baru tidak boleh bertanding dengan keris antik / lama kerana semasa pendaftaran panel penilai akan menetapkan katogeri dan keaslian keris yang ingin dipertandingkan. Atau dengan kata lain jika penganjur ingin mengalakkan penyertaan keris baru seharusnya satu lagi katogeri diwujudkan iaitu Katogeri Keris Baru untuk memberi keadilan kepada penilaian pertandingan.

Begitulah secara ringkas aspek2 pemarkahan keris dalam pertandingan keris... semoga panduan ini boleh menjadi pedoman dalam menilai aspek fizikal & kesenian Senjata Melayu ini.

No comments: