Panjang keseluruhan 24.5 inci dan panjang bilah 20.5 inci. Berhulu bahar tua dan pendokoknya perak hitam berukir. Sampir keuning tua berpelok dan batang serunai sena berbelang. Bilah yang masih utuh mempunyai ketandaan 'gaat' dipangkal dan retak seribu di sebelah bilahnya secara penuh dari pangkal sehingga ke hujung bilah.
Sunday, October 4, 2009
OFFER OKTOBER : KERIS PANJANG ANTIK RETAK SERIBU (RM 3000)
Panjang keseluruhan 24.5 inci dan panjang bilah 20.5 inci. Berhulu bahar tua dan pendokoknya perak hitam berukir. Sampir keuning tua berpelok dan batang serunai sena berbelang. Bilah yang masih utuh mempunyai ketandaan 'gaat' dipangkal dan retak seribu di sebelah bilahnya secara penuh dari pangkal sehingga ke hujung bilah.
PELBAGAI LEMBING ANTIK MELAYU
1. Lembing Melayu Antik Bertulang & Bermiang Emas Penuh + Ada Gaat (RM 250)
Panjang keseluruhan 15.5 inci. Bertulang seumpama keris pandai sarah, mempunyai besi miang
perak & emas penuh dari pangkal hingga hujung dan terdapat ketandaan sekatan / gaat pada
bilahnya.
2. Lembing Berurat + Pecah + Bermiang Penuh + Mar 6 Segi (RM 250)
Panjang keseluruhan 13 inci. Berurat keseluruhan bilah, ada pecah di sisi. Berbesi miang
penuh dan mar 6 segi.
3. Lembing Malela Bertelinga Kembar (RM 250)
Panjang keseluruhan 15.5 inci. Lembing malela bertelinga kembar / 4 lubang di pangkal,
mempunyai korok/ alur namun belum dicuci.
4. Lembing Berurat Unik Pangkal - Hujung (RM 250)
Panjang keseluruhan 14.5 inci. Lembing berurat unik dengan pamor berurat dari pangkal
hingga hujungnya.
KERIS PANJANG BARU LOK 21 & BERPAMOR PERAK (OFFER RM 600)
KERIS PANDAI SARAH TEGAP + PAKAIAN TAJUNG (SOLD OUT)
OFFER OKTOBER : SUNDANG ANTIK TUA BERALUR + BERKUMA, BESI KAYU BURUK (SOLD OUT)
KERIS KELAS PERTANDINGAN : KERIS BUGIS ANTIK SELIT + PAKAIAN ASAL MILIK PENGIRING RAJA TERENGGANU (OFFER RM 1800)
KERIS MALELA BARU (OFFER RM 700)
PELBAGAI TOMBAK ANTIK MELAYU
1. Tombak Pengayuh Perahu Antik Terengganu (RM 300)
Masih utuh. Panjang keseluruhan 14 inci dan lebar pangkal 2 inci. Mempunyai besi miang,
gunungan dan besi baja yang amat baik.
2. Tombak Pengayuh Sampan Petani Antik + Berpamor Besi Mengerutu (RM 300)
Bilah yang masih utuh dan amat tebal. Panjang keseluruhan 12.5 inci dan lebar bilah pangkal 2.5
inci. Mempunyai pamor yang mengerutu. Belum dicuci.
3. Tombak Tegap Antik Hitam Halus (Rm 700)
Tombak besi hitam halus yang amat tegap. Panjang keseluruhan 22 inci. Besi hitam seumpama
besi Malela kualiti tinggi.
OFFER OKTOBER : PANDAI SARAH ANTIK LOK 9 PAHLAWAN TERENGGANU (RM 1800)
Saturday, September 5, 2009
PROMOSI AIDIL FITRI (DISKAUN 20%) TERHAD SEHINGGA AIDIL FITRI INI
Untuk memeriahkan sambutan Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba maka blog ini membuat jualan promosi (Diskaun 20%) untuk beberapa bilah keris terpilih. Harga yang tertera adalah harga sebelum diskaun manakala harga selepas diskaun anda boleh 'kira' sendiri ya. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan terhadap blog saya selama ini. Ampun maaf dipinta di atas sebarang kekurangan dan ketelanjuran kata jika ada selama perkenalan kita. Jika ada umur yang panjang, nanti kita akan bersua kembali, InsyAllah.
Saturday, August 22, 2009
PERTANDINGAN KERIS TERBUKA TERENGGANU 2009 SUATU REKOD BARU PENYERTAAN
Pertandingan Keris Terbuka Terengganu buat julung-julung kali diadakan pada 1 Ogos 2009 bertempat di Perkarangan Muzium Terengganu telah mencatatkan satu rekod baru penyertaan.
Biarpun ia merupakan pertandingan yang julung kali diadakan di Terengganu namun penyertaan dari seluruh peminat amat menggalakkan. Sebanyak 325 bilah keris telah menyertai pertandingan tersebut dengan anggaran pengunjung mencecah 1000 orang.
Katogeri keris yang mendapat sambutan hangat penyertaan ialah katogeri keris bugis sepokal dan lok di samping keris antik katogeri bebas. Pihak penganjur agak terkejut dengan sambutan penyertaan yang amat mengalakkan ini sehingga memaksa penganjur melewatkan masa tutup penyertaan dari jam 12 tengahari sehingga ke jam 1 petang. Dengan sambutan ia telah membuka suatu lembaran baru terhadap pertandingan seperti ini sekaligus menjadi 'sumber azimat' yang amat penting kepada Persatuan Seni Purba Terengganu untuk terus menganjurkannya lagi pada masa yang akan datang. Pelbagai kelemahan dan 'post mortem' pertandingan telah dibuat dan insyAllah akan diperbaiki oleh pihak penganjur pada masa hadapan.
Aktiviti seterusnya anjuran Persatuan Seni Purba Terengganu ialah Pemeran & Jualan Keris Antik Terbuka Terengganu yang dijadualkan akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan InsyAllah....
Aktiviti seterusnya anjuran Persatuan Seni Purba Terengganu ialah Pemeran & Jualan Keris Antik Terbuka Terengganu yang dijadualkan akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan InsyAllah....
Subscribe to:
Posts (Atom)