Friday, October 10, 2008

PENGENALAN LEMBING / TOMBAK & BEBERAPA KOLEKSI SAYA

















Lembing / tombak dianggap senjata yang paling tua dari senjata-senjata lain. Kewujudannya telah dikesan sejak zaman batu lagi. Ia merupakan senjata lontar atau khas untuk memburu ketika itu.

Kemudiannya ia telah dikesan digunakan di zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai senjata tentera di barisan hadapan terutama untuk menjatuhkan tentera berkuda pihak lawan.

Foto di atas adalah sebahagian dari koleksi lembing / tombak saya. Pelbagai bentuk, pelbagai saiz dan pelbagai rupa. Apabila kita membicarakan persoalan Senjata Melayu, lembing / tombak tidak boleh dipisahkan. Lembing / Tombak dalam sejarah tidak hanya sekadar 'pakaian' pengawal Istana namun turut dikaitkan dengan Kebesaran Diraja. Malah ada juga lembing / tombak yang digunakan untuk mencari rezeki, sebagai azimat dan senjata peperangan.

Saya adalah peminat 'tegar' lembing / tombak pada kebiasaannya apabila ada rakan yang ingin me'mahar'kannya saya pasti lah antara orang yang tak jemu2 'menyambutnya'... di samping harganya yang pasti tidak setinggi keris namun keunikan dan kepelbagaian bentuknya amatlah memikat hati... begitulah al kisahnya...

Pun begitu adat memiliki pasti jua perlu melepaskan ia pada ketika2 tertentu... Saya masih ada hampir 30 bilah lembing / tombak yang ingin di'mahar'kan kepada rakan2 yang ingin melamarnya silalah msg / email saya ya...

9 comments:

Anonymous said...

Salam,
Cikgu, mahar bagi tombak/lembing yang hendak dimaharkan ini maharnya dari julat berapa RM ke berapa RM? tq
Wassalam

Cikgu Mie said...

Ada sebahagian yang ingin dimaharkan antara RM 200 - RM 400.

Anonymous said...

Cikgu, tombak-tombak ni jika dimaharkan sekali dengan batang kayunya ke? Bolehkah dipos sekiranya begitu?

Cikgu Mie said...

Boleh tiada masalah atau kebetulan saya naik ke tempat saudara saya bawakannya...

Anonymous said...

السلام عليكم

Ingin benar saya memiliki sebilah dua lembing atau tombak yang tuan miliki yang dalam anggaran harga RM200 ke RM300. Macamana boleh kita terus berhubung? Adakah melalui email atau boleh kiranya saya menghubungi tuan?

Saya perlukan senjata ini bagi tujuan mengajar. Bi'aunillah dapatlah saya memilikinya bagi menggantikan lembing dan serampang pusaka dari datuk saya yang hilang baru-baru ini.

Terima kasih saya dahulukan.


(Ustaz Saiful Muhammad)

kito96 said...

Masih menjual lagi lembing-lembing?

Cheahchaytiong said...

Cikgu. Boleh cikgu emelkan saya nombor telefon untuk saya contact cikgu. Saya berminat nak beli. Terima kasih.

Md tahzir said...

Assalam, cikgu mie blh emelkn sy nom tel utk sy contact? Tq

Unknown said...

017 6118369 sy ade 4 bilah untuk di jual.. Call atau wassup sy tuan..